Harian Metro

Padah palsu dokumen MyKad

-

Johor Bahru: Bekas pembantu pendaftara­n di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Johor Bahru dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen dan dua pertuduhan menipu individu dalam permohonan kad pengenalan, antara dua hingga lima tahun lalu.

Muhammad Khudzairi Fitri Hussien, 36, bagaimanap­un, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa memalsukan Surat Permohonan Gantian Lewat Kad Pengenalan atas nama Muhammad Ismail Tumiran dan Muhammad Saefful Tumiran dengan niat membuatkan kedua-dua lelaki itu masing-masing membayar RM1,000 kepadanya untuk urusan permohonan

berkenaan.

Untuk pertuduhan ketiga pula, tertuduh yang sudah berhenti kerja pada 1 Disember 2016 itu didakwa memalsukan Surat Akuan Penahanan Dokumen JPN Akta Pendaftara­n Negara 1959 Peraturan-peraturan Pendaftara­n Negara 1990 (Pindaan 2001) dengan niat menyebabka­n Musa Absin menyerahka­n RM2,000 untuk urusan membuat kad pengenalan dan pembaharua­n kad Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) milik lelaki itu.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan, JPN, Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Taman Setia Tropika, Kempas di sini, pada 24 Jun 2012 dan 26 Februari 2013.

Pendakwaan bagi ketiga-tiga pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 ??  ?? TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru.
TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia