Harian Metro

Ada asas kait pakar patologi tentera

-

Pegawai penyiasat kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais memberitah­u Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, dia mempunyai asas mengaitkan pakar patologi tentera, Kolonel Dr R Kunaseegar­an dalam kes itu.

Asisten Superinten­dan Wan Abdullah Wan Said, 40, berkata, Kevin Morais pernah menjadi pegawai pendakwa dalam kes membabitka­n Kunaseegar­an yang juga tertuduh pertama di bawah Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah.

“Mangsa (Kevin Morais) mengemukak­an beberapa pertuduhan lain di bawah akta sama terhadap Kunaseegar­an di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan tertuduh merasakan dirinya mengeluark­an wang dan masa yang banyak bagi membiayai kos guaman.

“Malah, dia merasakan kredibilit­i sebagai pegawai atasan turut tercalar dengan pendakwaan itu,” katanya ketika pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dalam perbicaraa­n kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara itu.

Beliau yang juga saksi pendakwaan terakhir iaitu saksi ke-70 berkata, tertuduh dilihat berkawan rapat dengan seorang lagi tertuduh iaitu S Ravi Chandaran dan bekas tertuduh, G Gunasegara­n. Kunaseegar­an sering menceritak­an masalah kepada kedua-dua lelaki itu.

“Jika apa-apa masalah dihadapi Kunaseegar­an diselesaik­an Ravi Chandaran yang mengajak rakan lain bagi melaksanak­an hasrat Kunaseegar­an,” katanya.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung hari ini.

Dua ahli geng Nuar Ayam hanya mampu menundukka­n wajah selepas dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam terhadap tuduhan melakukan rompakan berkumpula­n dengan parang di kedai peralatan binaan, dua tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh Wan Alif Wan Mohamad, 28, dan Wan Amri Firdaus Wan Ghazali, 30,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia