Harian Metro

Denda RM4,000 sebar status marah disaman

-

Petaling Jaya: Akibat memuat naik status palsu yang tular di Facebook (FB) menyatakan ketidakpua­san hati apabila disaman polis trafik, seorang kontraktor didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Lee How Kim, 26, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunaka­n aplikasi FB atas nama Raymond Lee secara sedar dan memuat naik gambar borang saman trafik dan gambar cermin pintu kereta yang ditampal dengan penghadang cahaya.

Selain itu, dia memulakan penghantar­an komen palsu dengan niat menganiaya orang lain di nombor 70, PUJ 9, Bandar Putera Permai, Seri Kembangan, jam 4.10 petang pada 6 September lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Mengikut fakta kes, hasil siasatan mendapati akaun Facebook bernama Raymond Lee milik tertuduh seperti disahkan rakannya.

Laporan analisis Digital Forensik mengesahka­n telefon bimbit dirampas tertuduh mengandung­i gambar buang saman trafik dan gambar cermin pintu kereta.

Terdahulu, peguam Kee Wei Lon yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangk­an hukuman terhadap anak guamnya atas alasan lelaki itu insaf dan pengakuan salah tertuduh akan menjimatka­n masa dan kos perundanga­n.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Kheat Mee, memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh yang boleh memberi mesej kepada masyarakat.

 ??  ?? LEE (tengah) mengaku salah memuat naik status palsu di FB.
LEE (tengah) mengaku salah memuat naik status palsu di FB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia