Harian Metro

Puas bantu masyarakat

- Mohd.rizal@hmetro.com.my

 Malateh korban masa, tenaga demi jaga keselamata­n penduduk setempat

Prinsip memberi dan sentiasa bersedia berkongsi tanpa mengharapk­an sebarang ganjaran material menjadi sebahagian daripada diri Malateh Mahmud, 46.

Penjawat awam yang bertugas di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Miri ini mengakui, dia puas sekiranya dapat membantu masyarakat dan menganggap kerja sukarela sudah menjadi darah daging kehidupann­ya.

Tidak hairanlah jika Malateh cukup dikenali masyarakat setempat di bandar raya ini kerana sering menjadi barisan hadapan dalam apa saja aktiviti komuniti dan kemasyarak­atan.

Berkongsi pembabitan­nya dalam aktiviti sukarelawa­n, bapa kepada tiga anak ini mula terbabit dalam program sukarelawa­n sejak 2006 dengan menyertai pelbagai persatuan dan pertubuhan.

Ketika ini Malateh aktif bersama Persatuan

Ibu Bapa dan Kanak-kanak Istimewa Miri (PIBAKIS), Briged Kebajikan Perdana (BKP) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankua­sa Penduduk (RC) Pujut.

Dia juga antara individu penting penubuhan RC Pujut sejak 2014 di bandar raya Miri yang memainkan peranan penting membantu polis memerangi jenayah.

Malateh berkata, RC Pujut berganding bahu bersama polis membantu menjaga keamanan dan ketenteram­an awam di seluruh ceruk bandar raya ini bagi memastikan keselesaan serta kesejahter­aan orang ramai.

“Mungkin sebelum ini peranan RC Pujut tidak dilihat secara serius, sejak kebelakang­an ini ia semakin positif kerana ada kawasan penduduk yang berminat menubuhkan pertubuhan sama di tempat mereka.

“Ia sesuatu yang bermanfaat kerana RC Pujut mampu membentuk satu masyarakat yang berdisipli­n dan memahami serta menghormat­i undang-undang di negara ini,” katanya.

Ketika ini, selain penyertaan penduduk, RC Pujut dianggotai 20 ahli yang aktif. Pengorbana­n mereka cukup tinggi, ketika orang lain berehat bersama keluarga pada waktu malam, mereka sanggup melakukan rondaan di kawasan perumahan terutama yang berisiko tinggi berlakunya jenayah demi kepentinga­n awam.

Dari segi rutin, mereka membuat rondaan dengan menaiki motosikal pada jam 10 malam sehingga jam 2 sehingga 3 pagi bergantung kepada kelapangan masa ahlinya.

Tidak kurang 10 penjenayah sudah ditahan dan diserahkan kepada polis sejak RC Pujut ditubuhkan.

Menurut Malateh, sepanjang aktif dengan RC Pujut, begitu juga dengan pertubuhan sukarelawa­n yang lain, dia bersyukur kerana isterinya, Radiah Ajis, 46, sentiasa menyokong, malah turut aktif dalam aktiviti sukarelawa­n.

 ??  ?? MALATEH (kiri) turut membantu membawa mesin pam air yang dicuri penjenayah ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
MALATEH (kiri) turut membantu membawa mesin pam air yang dicuri penjenayah ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia