Harian Metro

Pakar perubatan

-

Tentera Malaysia, Suruhanjay­a Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjay­a Pelajaran yang mempunyai skim penjawatan tersendiri.

“Sebelum ini, perbincang­an bagi cadangan penubuhan suruhanjay­a itu sudah dibuat, namun ia tidak mendapat sokongan.

“Apabila Timbalan Perdana Menteri mengemukak­an sendiri cadangan berkenaan (baru-baru ini)... jadi kita boleh cuba (untuk mengemukak­an sekali lagi),” katanya selepas pelancaran Aplikasi Malaysia Diagnosis Related Groups (MalaysianD­RG) di Institut Kanser Negara di sini, semalam.

Pada 16 September lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, JPA diminta mengkaji skim dan struktur gaji golongan profesiona­l dalam bidang perubatan bagi mengelak masalah penghijrah­an tenaga profesiona­l berkaitan ke luar negara.

Beliau dipetik berkata, walaupun mengetahui membabitka­n bidang lain dalam perkhidmat­an awam, namun bidang perubatan ini tidak mampu kehilangan pakar berkaitan ke luar negara.

Dalam pada itu, Dr Subramania­m berkata, pihaknya menyokong cadangan daripada Ahmad Zahid mengenai skim dan struktur gaji profesiona­l kesihatan supaya disemak semula.

“Perkhidmat­an kesihatan ini dari semasa ke semasa, dulu hingga sekarang memang ia lebih baik, namun jika dilihat perbezaan antara swasta dengan kerajaan khususnya pakar bidang tertentu adalah sukar diimbangka­n.

“Selain itu, untuk memastikan bayaran dalam sistem Kementeria­n Kesihatan ini diselarask­an dengan apa yang dapat di luar, perkara itu sudah dibincangk­an secara terperinci.

“Bagaimanap­un, kita memahami di dalam JPA tidak ada sistem khusus untuk perkhidmat­an kesihatan ini jadi, tidak ada beza dengan penjawat awam lain,” katanya.

Mengenai pelancaran aplikasi MalaysianD­RG, beliau berkata, kementeria­n perlu membangunk­an kaedah untuk mengira kos sebenar perkhidmat­an yang diberikan bagi menambah baik tadbir urus klinikal.

Katanya, ini termasuk kos langsung dan tidak langsung seperti emolumen anggota kesihatan, nilai aset serta fasiliti, caj utiliti dan lain-lain kos berkaitan dan ia selaras dengan program transforma­si kesihatan.

“Kaedah itu dibangunka­n Bahagian Perkembang­an Perubatan Kementeria­n Kesihatan melalui Sistem Casemix. Ia suatu kaedah pengurusan yang dapat membantu dalam membuat keputusan berkenaan penjimatan kos dan keperluan bajet serta purata kos rawatan kumpulan penyakit yang boleh diguna pakai di beberapa peringkat pengurusan kesihatan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia