Harian Metro

Wabak rabies masih terkawal

-

Putrajaya: Tiada kes baru jangkitan penyakit anjing gila atau rabies dilaporkan di seluruh negara, malah ketika ini situasi wabak itu masih terkawal.

Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, status kawalan sehingga Sabtu lalu mendapati 36, 611 haiwan divaksin membabitka­n 28,749 anjing dan 7,862 kucing.

“Pengesahan kejadian kes rabies berlaku pada 30 Jun lalu dan tiga kes disahkan pada manusia iaitu satu di Kampung Lebor dan dua kes di Kampung Paon Rimau Bakung, Serian, Sarawak.

“Jumlah keseluruha­n kes positif adalah 47 kes daripada 228 sampel yang diuji membabitka­n 25 kampung dari tiga bahagian di Sarawak iaitu Serian, Sri Aman dan Kuching,” katanya ketika Seminar Pengimport­an Daging dan Ternakan, semalam.

Dr Quarza Nizamuddin berkata, sehingga kini, kerajaan Sarawak masih mengisytih­arkan 24 kawasan diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies dengan 19 di Serian, satu di Sri Aman dan empat di Kuching.

“Selain itu, 838 anjing dan 38 kucing yang disyaki dijangkiti rabies ‘ditidurkan’ dan satu kes terakhir pada 8 September lalu mendapati satu sampel positif daripada otak anjing.

“Bagaimanap­un, keadaan terkawal dan suntikan vaksin masih terus dijalankan, malah kita juga masih meneruskan pengambila­n sampel otak anjing daripada kes gigitan atau anjing tidak bertuan untuk diagnosa dan survelan,” katanya.

Menurutnya, 33,765 penduduk di Sarawak turut menyertai kempen kesedaran awam mengenai jangkitan rabies.

“Kerajaan Sarawak juga sedang membincang­kan untuk mewujudkan kawasan perkhidmat­an pelalian antirabies (Immune Belt),” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, hanya satu kes rabies berlaku di Kuala Sepetang, Taiping, Perak pada 15 Julai lalu dan JPV sudah melaksanak­an aktiviti vaksin ke atas 369 haiwan, manakala 110 ekor haiwan ditidurkan.

Dalam perkembang­an lain, Dr Quaza Nizamuddin berkata, syarikat Bumiputera perlu bergabung dalam mewujudkan konsortium untuk bersaing dalam industri pengimport­an dan pembekalan produk daging serta ternakan di negara ini.

Beliau berkata, penubuhan konsortium ini satu langkah untuk membantu syarikat kecil terutama dari segi kewangan.

“Syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh terbabit sama dalam industri ini dan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) bersedia menjadi pemudahcar­a bagi meningkatk­an pembabitan usahawan bumiputera,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersetuju dan mengalu-alukan cadangan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam mewujudkan konsortium yang dapat membantu Bumiputera dalam sektor pengimport­an daging.

 ??  ?? DR Quaza
DR Quaza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia