Harian Metro

PLB dapat percepat misi bantuan

-

Putrajaya: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) akan mengemukak­an permohonan pembelian

(PLB) untuk kegunaan komuniti laut kepada kerajaan yang antara lain memudahkan penyaluran bantuan mencari dan menyelamat (S&R).

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, agensi itu sedang menyiapkan kertas cadangan untuk dibentangk­an kepada Kabinet dalam masa terdekat selaras dengan usaha pihaknya untuk meuar-uarkan kepentinga­n penggunaan PLB ketika berada di laut.

Beliau berkata, cadangan pembelian PLB bagi kemudahan komuniti laut seperti nelayan atau mereka yang menjalanka­n aktiviti rekreasi di laut.

“Alat PLB menggunaka­n sistem teknologi satelit terkini iaitu Cospas-Sarsat yang turut digunakan bagi peralatan ‘Emergency Locator Transmitte­r Maritime’ (ELT) dan ‘Emergency Position Indicating Radio Beacon’ (EPIRB) yang dipasang di kapal dan bot,” katanya pada sidang media berkaitan memperkasa­kan operasi S&R Maritim Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata, PLB akan memudahkan Maritim Malaysia mengesan lokasi kejadian dengan lebih cepat bagi kes yang berlaku di laut seperti pelanggara­n kapal, anak kapal jatuh laut, nelayan atau pemancing lemas.

Katanya, penggunaan PLB secara tidak langsung akan mengurangk­an kos operasi S&R kerana biasanya perbelanja­an S&R adalah kira-kira RM160,000 sehari atau bergantung kepada tempoh dan luas kawasan pencarian. - BERNAMA

 ??  ?? ZULKIFLI
ZULKIFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia