Harian Metro

Palam pencucuh Adi Jawa

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Geng Adi Jawa aktif larikan barang berharga dalam kereta sejak dua bulan lalu tumpas

Guna palam pencucuh kereta untuk pecah cermin kenderaan. Itu adalah modus operandi digunakan kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Adi Jawa yang aktif menjalanka­n kegiatan itu sejak dua bulan lalu di sekitar daerah Dang Wangi, di sini.

Bagaimanap­un, taktik itu terbongkar selepas tiga lelaki warga Indonesia berusia 29 hingga 37 tahun ditahan kurang dari tempoh 24 jam selepas laporan diterima daripada mangsa.

Polis kemudian melakukan serbuan di sekitar Chow Kit, di sini, kira-kira jam 5 pagi, 7 September lalu sebelum semua suspek diberkas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superinten­dan Habibi Manjiji berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kegiatan geng itu selepas seorang wanita yang juga ejen pekerja asing menjadi mangsa terbaru kumpulan penjenayah sama.

“Mangsa wanita berusia 54 tahun itu memaklumka­n cermin keretanya dipecahkan dan penjenayah melarikan beg mengandung­i wang tunai yang berjumlah RM12,000 kira-kira jam 2.45 petang, 6 September lalu di sebuah pusat beli-belah di daerah ini.

“Mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas 10 minit meninggalk­an kereta model Proton Ertiga miliknya di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Habibi berkata, modus operandi geng itu adalah menggunaka­n palam pencucuh yang dibaling ke arah cermin kereta.

“Ketiga-tiga ahli geng ini termasuk dalang dikenali sebagai Adi adalah warga Indonesia yang memasuki negara ini sejak tahun lalu menggunaka­n pas lawatan sosial,” katanya.

Beliau berkata, semakan rekod mendapati salah seorang suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitka­n kes ragut di Sri Muda, Shah Alam, Selangor manakala dua lagi suspek positif dadah jenis Methampeth­amine.

“Penahanan ketiga-tiga suspek ini berjaya menyelesai­kan beberapa kes jenayah pecah kereta yang berlaku di daerah ini dalam tempoh dua bulan lalu.

“Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui.

 ??  ?? PALAM pencucuh yang digunakan Geng Adi Jawa untuk memecahkan cermin kenderaan mangsa.
PALAM pencucuh yang digunakan Geng Adi Jawa untuk memecahkan cermin kenderaan mangsa.
 ?? Habibi Manjiji ?? Ketiga-tiga ahli geng ini termasuk dalang dikenali sebagai Adi adalah warga Indonesia”
Habibi Manjiji Ketiga-tiga ahli geng ini termasuk dalang dikenali sebagai Adi adalah warga Indonesia”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia