Harian Metro

Projek kediaman tak siap-siap

-

Petaling Jaya: Impian membuka pejabat untuk mengembang­kan perniagaan tahun ini tidak kesampaian apabila pembinaan unit komersial projek Remix yang dibeli pada 2013 di USJ Subang Jaya mengalami kelewatan.

Perunding perniagaan, Nizam Shoib, 30, berkata, rancangann­ya itu tergendala dan dia terpaksa melupakan hasrat memiliki ruangan pejabat sendiri.

“Saya tidak sangka perkara ini akan terjadi sedangkan saya baru hendak memulakan perniagaan dengan keadaan selesa, selain berada di lokasi strategik.

“Bayangkan, lot dibina di pembanguna­n bercampur dengan kediaman itu masih belum siap walaupun biasanya pembinaan selesai antara tiga hingga empat tahun,” katanya ketika ditemui di hadapan pejabat pemaju di sini, semalam.

Nizam antara 150 pembeli yang membuat bantahan terhadap projek kediaman dan komersial berkenaan yang sepatutnya siap tahun lalu.

Akibat kelewatan, pembeli memberitah­u, rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) sudah terjejas selepas pemaju tidak membayar Skim Pemaju Tanggung Faedah (DIBS) selama empat bulan.

Menurut Nizam, unit dibeli dengan harga RM260,000 berkeluasa­n 41.81 meter persegi itu membuatkan namanya disekat daripada membuat pinjaman lain.

“Nama di bank sudah menjadi busuk kerana pembayaran DIBS tidak dibuat oleh pemaju. Saya memang terkilan apabila kesannya perlu ditanggung pembeli.

“Saya terpaksa mencari alternatif lain untuk meneruskan niat membuka pejabat,” katanya.

 ??  ?? ANTARA pembeli unit komersial projek Remix membuat bantahan di pejabat pemaju.
ANTARA pembeli unit komersial projek Remix membuat bantahan di pejabat pemaju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia