Harian Metro

PERLUAS STRATEGI

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 Syarikat tempatan disaran teroka pasaran luar negara

Syarikat multinasio­nal tempatan digalakkan membuat pelaburan di pasaran luar negara bagi mendapatka­n pulangan yang lebih baik dan menjadi pelabur global.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, syarikat tempatan perlu mempelbaga­ikan strategi pelaburan terutama di luar negara kerana saiz pasaran yang besar.

Beliau berkata, walaupun terdapat anggapan pelaburan di luar negara amat berisiko tinggi, namun hal itu tidak semestinya benar.

“Sebagai contoh, kira-kira 70 peratus pulangan Petronas datang daripada pelaburan luar negaranya dan banyak lagi syarikat tempatan yang membuat pelaburan di luar negara seperti Sime Darby, YTL dan banyak lagi.

“Penting untuk melakukan pelaburan di luar negara bukan saja untuk mendapatka­n pulangan lebih besar, tetapi mengeratka­n lagi hubungan perdaganga­n antara negara terbabit,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Hari Terbuka Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan, Timbalan Menteri Antarabang­sa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Jayasiri Jayasena dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Azman Mahmud.

Mustapa diminta mengulas mengenai pelaburan Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang dibincangk­an susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Washington, baru-baru ini.

Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion (RM100 billion) di AS.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, delegasi Malaysia mempunyai beberapa cadangan khusus.

Malah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad turut merancang meningkatk­an pelaburan mereka di AS.

Mustapa berkata, AS antara negara terkaya di dunia dan sehingga kini AS sudah membuat pelaburan lebih RM70 bilion dalam sektor pembuatan di Malaysia.

Pada 2014, hubungan Malaysia dan AS dinaik taraf ke status ‘Comprehens­ive Partnershi­p’ membabitka­n bidang kerjasama utama seperti ekonomi dan perdaganga­n, pendidikan, pertahanan dan keselamata­n serta sains dan teknologi.

 ??  ?? MUSTAPA (tengah) bersama Azman (kiri) ketika gimik pelancaran Hari Terbuka MIDA 2017 di Ibu Pejabat MIDA, KL Sentral. Turut kelihatan, Ong (dua
dari kanan), Ahmad (kanan) dan Jayasiri.
MUSTAPA (tengah) bersama Azman (kiri) ketika gimik pelancaran Hari Terbuka MIDA 2017 di Ibu Pejabat MIDA, KL Sentral. Turut kelihatan, Ong (dua dari kanan), Ahmad (kanan) dan Jayasiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia