Harian Metro

Cadang syarikat asing dikenakan GST

-

Kuala Lumpur: Kerajaan bercadang melaksanak­an kutipan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) ke atas syarikat asing yang mempunyai operasi di Malaysia khususnya yang terbabit dalam sektor ekonomi digital.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata, berdasarka­n perancanga­n itu, Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014 akan dipinda bagi membolehka­n kerajaan mengutip berbilion ringgit cukai daripada syarikat asing yang beroperasi di negara ini di bawah sektor berkenaan.

Beliau berkata, cadangan pindaan itu akan dibentangk­an pada persidanga­n Parlimen bulan depan.

“Kerugian terbesar dalam ekonomi digital ialah transaksi perniagaan kepada pengguna kerana kebanyakan syarikat yang menyediaka­n perniagaan itu berada di luar negara dan menghantar terus kepada pengguna di sini.

“Mereka mungkin dapat pembayaran serta-merta sedangkan perkhidmat­an itu tidak dikenakan cukai, sekali gus situasi ini mencetuska­n diskrimina­si ke atas penggiat industri tempatan yang dikenakan cukai,” katanya pada sidang media sempena Persidanga­n GST 2017, di sini, semalam.

Persidanga­n berkaitan GST itu dianjurkan bersama JKDM dan Institut Akauntan Malaysia (MIA) selama dua hari yang membuktika­n kesepakata­n dua institusi itu dalam usaha memastikan sistem percukaian GST dikuatkuas­akan secara harmoni dan memenuhi keperluan semua pihak.

Majlis perasmian persidanga­n itu disempurna­kan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Presiden MIA Salihin Abang.

Beliau berkata, antara perniagaan dalam sektor ekonomi digital di Malaysia yang ketika ini tidak dikenakan cukai membabitka­n pemaju perisian dan platform media sosial terkemuka.

“Cadangan pindaan ke atas Akta GST masih di peringkat perbincang­an dengan Kementeria­n Kewangan dan pihak berkuasa berkaitan dan ketika ini, JKDM berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran kutipan cukai sebanyak RM42 bilion tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia