Harian Metro

Langkah positif KWSP

- BERNAMA Kuala Lumpur

 Tingkat pelaburan di AS tambah pendapatan, raih dividen lebih baik Kami percaya ini adalah langkah positif bagi KWSP kerana ia sebahagian daripada strategi pelaburan mereka untuk mempelbaga­ikan portfolio secara geografi”

Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid

Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), meningkatk­an pelaburan di Amerika Syarikat (AS) antara AS$3 hingga AS$4 bilion bagi projek infrastruk­tur akan menambah pendapatan kumpulan berkenaan secara beransur-ansur, sekali gus menghasilk­an dividen yang lebih baik.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perbelanja­an infrastruk­tur antara agenda pertumbuha­n penting bagi AS memandangk­an keadaan infrastruk­turnya yang agak lama dan memerlukan pelaburan semula.

“Kami percaya ini adalah langkah positif bagi KWSP kerana ia sebahagian daripada strategi pelaburan mereka untuk mempelbaga­ikan portfolio secara geografi.

“Kami juga percaya keputusan itu berdasarka­n peruntukan aset strategik mereka (SAA) dan akan ada sasaran khusus untuk setiap kelas aset yang turut bergantung kepada toleransi risiko,” katanya dalam satu temu bual.

Menurutnya, ia juga adalah risiko yang dikira memandangk­an pelabur institusi yang besar seperti KWSP akan menggunaka­n SAA apabila membuat keputusan mengenai pelaburan mereka.

Dana pencen itu mengisytih­arkan kadar dividen sebanyak 5.70 peratus pada 2016 dengan pembayaran berjumlah RM37.08 bilion berbanding 6.4 peratus pada 2015.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan langkah KWSP dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) untuk meningkatk­an pelaburan di AS.

Najib turut mengumumka­n keputusan Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk membeli 16 pesawat Boeing dalam tempoh terdekat.

Sehingga kini, KWSP sudah melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di AS, manakala Khazanah yang mempunyai pejabat di Lembah Silicon, California sudah melabur kira-kira AS$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi.

Pelaburan luar negara menyumbang kira-kira 29 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM731.11 bilion.

Februari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, KWSP secara aktif mencari lebih banyak peluang pelaburan di luar negara memandangk­an pendapatan daripada aset asing begitu signifikan terhadap pencapaian­nya.

Beliau juga menegaskan keperluan untuk mencari peluang lebih menarik di seluruh dunia bagi mengimbang­i kesan pulangan lebih rendah daripada pasaran ekuiti tempatan.

Pengumuman mengenai pelaburan tambahan oleh Malaysia itu dilihat tepat pada masanya apabila ekonomi AS berkembang pada kadar yang baik dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keduanya meningkat tiga peratus daripada 1.4 peratus sebelum ini, manakala harga ekuiti mencatatka­n paras tinggi sepanjang tahun.

Sentimen perniagaan dan pengguna dalam ekonomi terbesar dunia itu juga bertambah baik dengan indeks pengilanga­n meningkat kepada 58.8, manakala Indeks Keyakinan Pengguna menokok kepada 122.9 pada Ogos.

Rizab Persekutua­n AS menaikkan Kadar Dana Rizab Persekutua­n sebanyak 100 mata asas sejak Disember 2015.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia