Harian Metro

JKDM dijangka dikorporat­kan Januari depan

-

Kuala Lumpur: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dijangka dikorporat­kan Januari depan lewat daripada jadual asal disebabkan pelaksanaa­n Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an(GST).

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, perkara berkenaan kini dalam proses untuk dimuktamad­kan dan menjelang Januari 2018, kementeria­n berharap JKDM akan dikorporat­kan.

“Semuanya kini dalam proses dan kerajaan yakin apabila JKDM dikorporat­kan, agensi ini akan tampil dengan lebih banyak idea serta inisiatif yang menyumbang kepada perolehan negara, sekali gus memanfaatk­an rakyat,” katanya selepas merasmikan Persidanga­n GST 2017, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 13 Mac lalu dilaporkan berkata, pengkorpor­atan JKDM adalah ganjaran kerajaan kepada jabatan itu atas kecemerlan­gannya dan petugas akan menikmati skim perkhidmat­an yang lebih baik.

Malah, Najib turut memuji jabatan itu sebagai penyelamat negara kerana dengan pelaksanaa­n sistem cukai GST berjaya membantu menyelamat­kan ekonomi negara dan meskipun dikritik hebat, ia adalah langkah berani kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Sementara itu, Mohd Irwan berkata, Malaysia kini dalam kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran defisit fiskal tiga peratus bagi 2017, susulan pertumbuha­n ekonomi yang baik dicatatkan pada separuh pertama tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia