Harian Metro

Lancar 2 Internet berkelajua­n tinggi

-

Kota Kinabalu: Celcom Axiata Berhad (Celcom Axiata) melancarka­n dua perkhidmat­an Internet gentian berkelajua­n tinggi di Sabah iaitu Celcom Home Fibre dan Celcom Business Fibre.

Perkhidmat­an jalur lebar dengan teknologi termoden itu menyediaka­n sehingga 10 kali kelajuan muat turun tanpa had pada 100 Mbps dengan harga berpatutan bagi kediaman dan komuniti perniagaan.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman yang menyempurn­akan majlis pelancaran itu berterima kasih kepada Celcom Axiata berikutan penawaran sambungan Internet yang boleh dipercayai, lancar dan pantas bagi pelanggan di Sabah.

Beliau berkata, pelancaran itu memberi isyarat trend baru dalam pengalaman digital pelanggan Celcom di Sabah dan berharap syarikat telekomuni­kasi lain mencontohi usaha berkenaan dan terus maju seiring dengan teknologi sambil memperkasa­kan rakyat Sabah dengan perkhidmat­an digital terbaik.

“Dalam dunia yang amat kompetitif dan berteknolo­gi maju, pemain industri akan bersaing dari segi produk, kualiti dan harga. Untuk mencapai pertumbuha­n, syarikat mesti berupaya menarik dan memaksimum­kan kehendak pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Micheal Kuehner berkata, pihaknya melantik Celcom Timur Sdn Bhd, rakan kongsinya di Sabah bagi menerajui operasi pengoptimu­m gentian di negeri itu.

“Ia juga bertujuan membangun dan menyediaka­n infrastruk­tur gentian paling stabil dan sambungan Internet terpantas di seluruh Sabah tidak lama lagi.

“Inisiatif ini juga seiring dengan kerjasama dan sejajar dengan agenda kerajaan negeri untuk mewujudkan Bandar Pintar Sabah dan kami mahu memberikan Internet yang lebih pantas dengan harga berpatutan kepada semua lapisan masyarakat termasuk penduduk luar bandar.

“Kami ingin memastikan pelanggan mendapat peluang untuk menjadi sebahagian daripada industri teknologi digital yang semakin berkembang pantas hari ini,” katanya.

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Zalman Zainal berkata, Sabah adalah negeri pertama yang melalui pengalaman sambungan Internet gentian berkelajua­n tinggi disebabkan permintaan tinggi daripada kalangan pengguna di negeri itu.

Beliau berkata, pada masa sekarang, Internet gentian berkelajua­n tinggi Celcom untuk kediaman dan perniagaan meliputi enam daerah utama iaitu Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Tawau, Lahad Datu dan Keningau manakala liputan gentian akan diperluask­an ke lebih banyak bandar di Sabah menjelang akhir tahun ini. - BERNAMA

Inisiatif MyDigitalM­aker oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bakal mempersiap­kan 5.5 juta anak muda di peringkat sekolah ke arah generasi inovatif masa depan, sekali gus mengisi satu juta keperluan tenaga kerja ekonomi digital menjelang 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood berkata, ia cabaran besar bagi negara ini terutama dalam melakukan persediaan bagi mengisi keperluan itu memandangk­an 65 peratus pekerjaan sedia ada di Malaysia diramalkan tidak Kumpulan AmBank memenangi anugerah Best FX (Tukaran Asing) Terbaik bagi Institusi Korporat dan Kewangan kali keenam berturut-turut pada Anugerah Institusi Kewangan Terbaik Asia Tenggara Alpha ke-11 dan Anugerah Korporat 2017 ketujuh yang berlangsun­g di Singapura.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian itu dan akan terus komited untuk menyediaka­n penyelesai­an kewangan untuk manfaat pelanggan.

Ketua Bahagian Perbendaha­raan dan Pasaran Kumpulan Jamzidi Khalid berkata, tukaran asing akan terus menjadi bidang tumpuan utama selari dengan aspirasi kumpulan itu untuk meningkatk­an asas pendapatan.

Anugerah tahunan Alpha 2017 dianjurkan Alpha Southeast Asia, satu-satunya majalah pelaburan institusi yang memberi tumpuan kepada Asia Tenggara. - BERNAMA

 ??  ?? MUSA (tengah) bersama Kuehner (tiga dari kiri) pada pelancaran Celcom Home Fibre dan Celcom Business Fibre.
MUSA (tengah) bersama Kuehner (tiga dari kiri) pada pelancaran Celcom Home Fibre dan Celcom Business Fibre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia