Harian Metro

5.5 juta isi keperluan

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

 MDEC persiap anak muda ke arah generasi inovatif

lagi wujud pada 2027.

Bagaimanap­un, katanya, cabaran itu bukan hanya dihadapi Malaysia tetapi juga negara lain yang turut berusaha memberi pendedahan terhadap ekonomi digital supaya dapat melahirkan bakat bersesuaia­n.

“Kita perlu pastikan persiapan dilakukan untuk melahirkan bakat dalam dunia baru ekonomi digital. Sekarang ini juga sudah wujud industri ekonomi digital yang memerlukan bakat dalam bidang komputer, perisian dan jurutera perisian tetapi terdapat kekurangan sekitar 7,000 hingga 10,000 orang.

“Dijangkaka­n menjelang 2025, seramai satu juta pekerja dalam bidang ekonomi digital diperlukan dan apa yang harus dilakukan ialah mencari bakat ke arah masa hadapan.

“Ini boleh dilakukan menerusi pelajar sekolah dengan memberi pendedahan sebanyak mana yang mungkin terutama dalam bidang pekerjaan masa hadapan. Namun, cabaran ini bukan saja di Malaysia tetapi juga setiap negara,” katanya ketika ditemui pada Pameran #mydigitalm­aker 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Acara dua hari itu diadakan sempena Festival Sains Petrosains 2017 (PSF 2017) sebagai platform untuk memberi pendedahan dan mempromosi­kan teknologi digital kepada orang ramai khususnya pelajar sekolah.

Antara aktiviti diadakan termasuk Fun Digital Games: Malaysian Heroes Unleashed, ceramah kerjaya kreatif dan industri permainan game, cabaran Pemikiran Komputasio­nal (CT) serta sesi perkongsia­n pengalaman bersama Digital Ninjas.

Selain itu, Yasmin berkata, pihaknya sedang mempergiat­kan usaha menerusi MyDigitalM­aker untuk memberi lebih pendedahan dunia digital secara sama rata kepada anak muda di bandar mahupun luar bandar.

“Sejak setahun lalu, kita dapati ada juga kanak-kanak di luar bandar termasuk anak nelayan menjadi pencipta inovasi. Walaupun masih banyak usaha perlu dilakukan, namun kita harap dapat memberi pendedahan sama rata ke seluruh negara di peringkat sekolah melalui Kementeria­n Pendidikan,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG yang hadir pada Pameran #mydigitalm­aker 2017.
PENGUNJUNG yang hadir pada Pameran #mydigitalm­aker 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia