Harian Metro

‘TELUR BURUNG’

- Agensi

 Doktor keluarkan batu karang bersaiz luar biasa pada perut warga emas

Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terkejut selepas mengeluark­an batu karang hampir sebesar telur burung unta di saluran kencing seorang lelaki.

Lelaki berusia

64 tahun itu mendapatka­n rawatan di sebuah hospital di sini selepas mengadu sakit perut dan sukar untuk membuang air kecil. Imbasan CT mengesan satu objek besar pada bahagian perut lelaki itu yang menyebabka­n saluran kencing pesakit tersumbat.

Selepas pembedahan dilakukan doktor berjaya mengeluark­an batu karang seberat 770 gram dari perut pesakit.

Dalam laporan yang disiarkan Jurnal Perubatan New England, doktor yang merawat lelaki itu menjelaska­n pesakit mengalami kanser pundi kencing lebih 10 tahun lalu.

Doktor membuang pundi kencing lelaki itu dan membuat saluran baru daripada usus pesakit untuk air kencing keluar dari tubuh.

Prosedur itu boleh meningkatk­an risiko seseorang membentuk batu karang.

Kata laporan itu, pesakit berkenaan tidak mengalami sebarang masalah selepas pembedahan dan dia kini dipantau oleh doktor.

Walaupun batu karang yang dikeluarka­n dari badan lelaki itu sangat besar tetapi ia bukanlah yang terbesar pernah direkodkan.

Menurut Rekod Dunia Guinness, batu karang paling besar di dunia dikeluarka­n dari perut seorang lelaki Brazil, Jose de Castro da Silva pada 2003.

Batu karang yang dikeluarka­n dari badan lelaki berusia 62 tahun itu adalah seberat 1.9 kilogram.

 ??  ?? BATU karang hampir sebesar telur burung unta yang dikeluarka­n daripada perut pesakit itu. - Agensi
BATU karang hampir sebesar telur burung unta yang dikeluarka­n daripada perut pesakit itu. - Agensi
 ??  ?? IMBASAN CT menunjukka­n kedudukan batu karang yang menyekat saluran kencing pesakit. - Agensi
IMBASAN CT menunjukka­n kedudukan batu karang yang menyekat saluran kencing pesakit. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia