Harian Metro

Masih tiada hasil

- Reuters

Kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah saling menuding jari atas kelewatan mewujudkan zon selamat di selatan Thai, satu langkah awal menuju rundingan damai bagi menamatkan konflik itu.

Rundingan mengenai usaha itu berakhir pada minggu lalu di Malaysia tanpa sebarang perjanjian penuh.

Tidak lama selepas itu kumpulan pemisah melancarka­n serangan bom di selatan Thailand menyebabka­n seorang askar dan anggota polis maut.

Wakil kumpulan pemisah, Mara Patani semalam berkata, usaha mewujudkan zon selamat sedikit lewat kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara terutama dari pihak kerajaan.

Bagaimanap­un, itu tidak bermakna rundingan berakhir dengan kegagalan.

“Pendekatan yang betul adalah meneruskan dialog bukannya meninggalk­an meja rundingan.

“Sekiranya anda mahu keamanan, anda perlu bekerjasam­a dengan musuh,” kata ketua Mara Patani, Abu Hafez Al-Hakim dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dia berharap zon selamat akan diwujudkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Ketua perunding Thailand, Jeneral Aksara Kerdphol pula memberitah­u, kumpulan pemisah tidak bersedia untuk zon selamat walaupun kerajaan jujur dengan usaha itu.

“Sekiranya kumpulan pemisah tidak bersedia, penglibata­n mana-mana pihak

 Rundingan wujud zon selamat di selatan Thai berakhir tanpa sebarang perjanjian

dalam proses itu akan tergendala,” jelasnya yang menambah, rundingan akan diteruskan.

Zon selamat yang dicadangka­n itu akan ditadbir secara bersama oleh pihak berkuasa dan kumpulan pemisah di beberapa daerah di tiga wilayah di selatan Thailand.

Dalam zon itu, kedua-dua pihak tidak boleh melancarka­n serangan.

 ??  ?? ANGGOTA pemusnah bom Thailand cedera dalam serangan bom di wilayah Yala pada Khamis lalu yang dipercayai dilancarka­n kumpulan pemisah. - EPA
ANGGOTA pemusnah bom Thailand cedera dalam serangan bom di wilayah Yala pada Khamis lalu yang dipercayai dilancarka­n kumpulan pemisah. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia