Harian Metro

Tentera selamatkan paderi diculik Daish

-

Manila: Seorang paderi yang diculik militan Daish yang menawan bandar Marawi di selatan Filipina hampir empat bulan lalu kelihatan sihat dan tersenyum selepas diselamatk­an.

Teresito Suganob hadir dalam satu sidang media di ibu pejabat tentera di sini semalam selepas diselamatk­an kelmarin.

Paderi itu diselamatk­an selepas tentera berjaya menawan pusat kawalan militan di sebuah masjid di tengah Marawi kelmarin.

“Terima kasih atas doa anda semua, semoga Tuhan memberkati kamu. Doakan saya pulih,” katanya sambil tersenyum dan melambai kepada wartawan.

Beratus-ratus pemberonta­k yang dibantu militan Daish menawan Marawi pada 23 Mei lalu dalam usaha yang dipercayai pihak berkuasa untuk menubuhkan pemerintah­an khalifah di Asia Tenggara.

Suganob dijadikan tebusan bersama 13 yang lain dari sebuah gereja di Marawi pada hari pertama pertempura­n.

Paderi itu kemudian muncul dalam satu video disiarkan militan merayu Presiden Rodrigo Duterte mengundurk­an tentera dan menghentik­an serangan.

Suganob berkata, pada waktu itu militan menahan hampir 240 tawanan termasuk guru dan buruh yang kebanyakan mereka beragama Kristian.

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Restituto Padilla berkata, seramai 40 hingga 60 tebusan masih ditawan militan dan ada yang dipaksa berjuang bersama kumpulan itu. - AFP

 ??  ?? TERESITO Suganob melambai kepada wartawan dalam sidang media di Manila semalam selepas diselamatk­an daripada tawanan militan di Marawi. - AFP
TERESITO Suganob melambai kepada wartawan dalam sidang media di Manila semalam selepas diselamatk­an daripada tawanan militan di Marawi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia