Harian Metro

Terbang jet pamer ketenteraa­n

-

Amerika Syarikat (AS) menerbangk­an empat jet pejuang kalis radar dan dua pesawat pengebom di Semenanjun­g Korea untuk menunjukka­n keupayaan ketenteraa­nnya semalam, susulan ujian terbaru nuklear dan peluru berpandu Korea Utara baru-baru ini, kata kementeria­n pertahanan Korea Selatan.

Empat jet pejuang kalis radar jenis F-35B dan dua pengebom jenis B-1B diterbangk­an sepanjang Semenanjun­g Korea bagi ‘mempamerka­n keupayaan pencegahaa­n perikatan AS dan Korea Selatan terhadap ancaman nuklear serta peluru berpandu Pyongyang,’ kata kementeria­n itu dalam satu kenyataan.

Ia penerbanga­n pertama sejak ujian nuklear keenam dan paling kuat Pyongyang pada 3 September lalu dan pelancaran ujian peluru berpandu jarak jauh ke atas Jepun Jumaat lalu, sekali gus menyebabka­n ketegangan serantau semakin meningkat.

Menurut kenyataan itu, penerbanga­n jet pejuang AS bersama empat jet pejuang Korea Selatan, F-15K itu, sebagai ‘latihan rutin,’ sambil menambah mereka akan meneruskan latihan seumpama itu bagi meningkatk­an keupayaan operasi bersama terhadap serangan pada masa hadapan.

Penerbanga­n seumpama itu sebelum ini dibuat pada 31 Ogos lalu.

AS menguatkan tekanan kepada Korea Utara dengan duta besar AS untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley memberi amaran Pyongyang akan ‘dimusnahka­n’ jika enggan menamatkan cita-cita senjatanya.

Perkara itu dijangka menguasai ucapan Presiden AS Donald Trump pada Perhimpuna­n Agung PBB dan pertemuann­ya dengan pemimpin Korea Selatan serta Jepun minggu ini.

Ketegangan tercetus sekali lagi apabila rejim

Kim Jong-Un menguji bom hidrogen yang menurutnya lebih berkuasa berbanding peranti sebelum ini. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia