Harian Metro

TUAH PENAMPILAN SULUNG

- Ferzalfie Fauzi, Mohd Khairie Khalid & Haika Khazi sukan@hmetro.com.my & bhsukan@bh.com.my

 Eddy sumbang emas bagi acara 100 meter T37

Dari peserta program realiti ke juara Asia Tenggara, perjalanan penuh manis dilalui pemenang emas 100 meter T37 (cerebral palsy), Eddy Bernard menerusi penampilan sulung.

Menurut atlet kelahiran Sandakan itu, dia memang meletakkan sasaran mencatatka­n kemenangan dan akhirnya impian itu tercapai selepas melintasi garisan penamat dengan catatan 12.45 saat, mengetepik­an rakan senegara, Jacklon Ganding di tempat kedua (12.48s).

“Memang saya meletakkan sasaran untuk menang,” kata atlet itu yang bakatnya dicungkil melalui program realiti berbentuk sukan, dikhaskan untuk Sukan Para.

Dia yang berusia 16 tahun mengakui meminati acara olahraga sejak di tingkatan satu dan menjadikan pemenang gangsa 100m Sukan Olimpik Rio 2016 Andre De Grasse sebagai idola.

“Saya meminati De Grasse kerana suka dengan teknik lariannya dan dia sentiasa tidak nampak tertekan. Saya cuba untuk mengikuti caranya sebentar tadi tapi agak gementar kerana kali pertama beraksi di Sukan Para dan melihat ramai pencabar hebat.

“Ketika hendak mula berlari memang ada sedikit gementar, susah untuk menghilang­kan perasaan itu tapi saya berazam untuk terus melakukan yang terbaik sehingga membolehka­n saya menduduki tempat pertama,” katanya yang dilatih Norhafisza­n Ahamd Narowi.

Lebih menarik Eddy mengetepik­an pemenang emas Singapura, Le Van Manh yang sekadar meraih gangsa dengan catatan 12.68s.

“Dapat menduduki tempat pertama memang membuatkan saya gembira, malah rakan sepelatih (Jacklon) pula berjaya meraih perak. Kami memang berlatih bersama-sama di Sabah dan memang di dalam latihan sentiasa bersaing untuk merebut tempat pertama dan kedua.

“Mengenai program realiti pula saya menerima surat jemputan untuk menyertai rancangan itu dan jurulatih (Norhafisza­n) yang memberitah­u saya mengenai perkara itu,” katanya.

Selepas ini Eddy akan mengambil bahagian dalam lompat jauh T27 yang juga acara kegemarann­ya.

 ??  ?? EDDY (tengah) mendahului pada acara 100m T37, semalam.
EDDY (tengah) mendahului pada acara 100m T37, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia