Harian Metro

Kejutan Firdaus

 Dia yang berpasanga­n dengan Amin menang emas 4km kejarmenge­jar

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Bekas pemenang Kejohanan Remaja Asia 2013 dan 2014, Muhammad Firdaus Mohd Zonis membuat penampilan semula di arena berbasikal trek apabila memenangi acara empat kilometer kejar-mengejar di Sukan Para ASEAN.

Firdaus yang berpasanga­n bersama M Amin Najmi Romzi melakarkan empat minit 55.501 saat di Velodrom Nasional Malaysia, menewaskan pelumba pilihan, Mohd Afiq Afify Rizan dan Mohd Khairul Adha Rasol yang akur dengan perak dalam kategori tandem.

“Ini permulaan baik untuk saya kembali. Seperti yang dilakukan adik (Mohd Fadhil) yang menang Sukan SEA, saya turut berjaya meraih emas demi negara dan keluarga.

“Sekiranya kembali dipanggil ketua jurulatih negara (John Beasley), saya bersedia kembali berlatih di Melbourne. Namun ia bukan dalam masa terdekat kerana masih banyak perkara yang perlu diperbaiki seperti menurunkan berat badan. Mungkin dalam tempoh setahun setengah dengan harapan mampu ke Olimpik Tokyo 2020,” jelasnya.

Bekas pemenang gangsa Kejohanan Remaja Dunia 2014 dalam acara satu kilometer ujian masa berkenaan, berehat setahun setengah susulan kecederaan bahagian belakang dan kembali berlatih pada awal tahun.

Pelumba berusia 21 tahun berkenaan pernah dilabelkan sebagai pengganti kepada Azizulhasn­i Awang susulan persembaha­n cemerlangn­ya pada peringkat remaja selain pernah menjalani latihan bersama Beasley di Melbourne.

“Sepanjang tempoh setahun setengah (ketika cedera), saya bekerja sebagai mekanik dan menghantar barang. Kini saya sudah sedia untuk kembali dan membalas pengorbana­n bapa (Mohd Zonis Mokhtar),” tambahnya.

 ?? FOTO: IQMAL HAQIM ROSMAN ?? AMIN (kanan) dan Firdaus bergambar bersama pingat emas yang dimenangi, semalam.
FOTO: IQMAL HAQIM ROSMAN AMIN (kanan) dan Firdaus bergambar bersama pingat emas yang dimenangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia