Harian Metro

‘Saya nak jadi peguam’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Cacat bukan halangan Carmen buru impian

Kecacatan bukan halangan untuk Carmen Lim mengejar impian peguam.

Malah temasya Para ASEAN di Kuala Lumpur menjadi medan untuknya membakar semangat dan meneruskan perjuangan mengejar cita-cita bergelar atlet serta

(gambar)

bergelar peguam.

Menyasarka­n untuk mempertaha­nkan emas acara 50 meter gaya bebas S8 dimenangi di Singapura dua tahun lalu, Carmen berkata dia akan cuba memberi yang terbaik dalam acara itu selepas sekadar meraih perak acara 100m gaya bebas dengan merekodkan 1 minit 29.75 saat pada hari pertama sukan renang di Pusat Akuatik Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur semalam.

Acara 100m gaya bebas S8 dimenangi perenang Thailand Thongbai Chaisawa selepas merekodkan 1:28.99s dan gangsa milik Nor Aimah dari Indonesia, 1:34.54s.

Ditanya sama ada dia yang cacat sebelah tangan kiri sejak dilahirkan mampu menghadiah­kan emas, dia berkata apa yang boleh dijanjikan adalah memberikan aksi terbaik.

“Saya tidak berani janji kerana saya tidak tahu kekuatan perenang lain.

“Tapi jika boleh saya mahu memecahkan rekod temasya dan berusaha memberi yang terbaik,” katanya.

Pada aksi hari pertama Carmen berpeluang cerah menghadiah­kan emas, namun kesilapan sehingga menyebabka­n dia tertelan air ketika beraksi merencatka­n kuakannya dan terpaksa berpuas hati dengan perak.

Bagaimanap­un kata Carmen, sukan hanya aktiviti masa lapang kerana fokus utamanya adalah pelajaran dan akan menduduki GCE ‘O’ Levels di Sekolah Sri Garden KL selepas ini serta dijadualka­n melanjutka­n pelajaran di England.

Katanya, dia berhasrat melanjutka­n pelajaran di negara itu bagi merealisas­ikan impian bergelar peguam.

Carmen akan turun dalam acara 50m gaya bebas dan 100m kuak lentang, Khamis ini.

Sementara itu seorang lagi perenang wanita negara Puteri Nur Diyana Megat Jawahir Megat Muhammad Fadzil menghadiah­kan gangsa acara 50m kuak dada SB14 selepas merekodkan 45.44s.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia