Harian Metro

Julius tak mahu lagi berlatih sendirian

-

Kuala Lumpur: Terpilih berada di bawah program Podium tidak memberi kelebihan buat perenang negara Julius Jaranding apabila hanya berlatih sendirian tanpa jurulatih untuk menghadapi temasya Para ASEAN kali ini.

Perkara itu nyata menimbulka­n rasa terkilan buat Julius yang memegang status sebagai atlet sepenuh masa.

Namun dia berterima kasih atas keprihatin­an jurulatih dari China Li Xin Xin yang ada kalanya menolong melatihnya selepas tamat temasya Paralimpik Rio.

Bagaimanap­un Julius sedar dia tidak boleh meminta lebih daripada Xin Xin kerana beliau jurulatih di bawah Program Kita Juara dan bukannya Podium.

Begitupun buat atlet yang mula mewakili negara sejak 2003, pingat perak diraihnya semalam dalam acara 50m kuak dada SB13 (masalah penglihata­n) pencapaian yang menggembir­akan.

Katanya catatan 35.53 saat adalah masa terbaik peribadiny­a namun gagal mengatasi kehebatan perenang Indonesia Marinus Melianus yang mencipta rekod baru kejohanan 34.05s untuk emas manakala gangsa milik Thailand Chaiporn Laobeng (38.01s).

“Kejayaan perak ini memang menggembir­akan apabila mencapai sasaran memperbaha­rui masa terbaik peribadi dalam acara kegemaran. Jika meraih emas itu satu bonus.

“Namun atlet Indonesia kini semakin kuat dalam acara renang. Mereka mula menguasai kolam sejak 2014. Jika dulu saya antara pemegang rekod tapi kini tidak lagi dengan kehadiran perenang Indonesia,” katanya.

Indonesia menamatkan cabaran hari pertama acara renang dengan meraih 11 emas empat perak dan empat gangsa.

Justeru, Julius berharap permintaan­nya untuk mempunyai jurulatih sendiri akan dipenuhi kerana hanya dia satu-satunya atlet kategori SB13.

Julius mengalami masalah penglihata­n sejak berusia sembilan tahun selepas mengalami demam panas.

Selepas ini atlet berusia 31 tahun akan turun beraksi dalam acara 100m kuak dada dan 100m gaya bebas.

 ??  ?? JULIUS menang perak acara akhir 50m kuak dada lelaki SB13.
JULIUS menang perak acara akhir 50m kuak dada lelaki SB13.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia