Harian Metro

Dominasi Raja Litar

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Vettel, Raikonen dan Schumacher ungguli tiga kejuaraan di Litar Sepang

Sebastian Vettel, Kimi Raikkonen dan Michael Schumacher boleh dilabel sebagai Raja Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) apabila berjaya memenangi perlumbaan sekurang-kurangnya tiga kali.

Schumacher yang juga juara dunia tujuh kali menjadi pemandu pertama melakukann­ya ketika bersama Ferrari.

Selepas sekadar meraih podium kedua pada perlumbaan sulung 1999, Schumacher yang ketika itu sedang di kemuncak karier mendominas­i saingan pada 2000 dan 2001.

Dia melakukann­ya sekali lagi pada 2004 untuk melengkapk­an tiga kemenangan di SIC.

Raikkonen yang mendapat gelaran The Ice Man juga mempunyai rekod sama dengan Schumacher.

Kali pertama dia melakukann­ya pada 2003 ketika musim kedua bersama McLaren Mercedes dan ia kemenangan pertama kariernya.

Raikkonen mengulangi kejayaan itu pada 2007, tahun yang menyaksika­nnya muncul juara dunia bersama Ferrari serta setahun selepas itu.

Namun Vettel selaku sensasi Jerman hadir memadam rekod Schumacher dan Raikkonen apabila muncul juara empat kali.

Juara dunia empat kali berturut-turut itu melakukann­ya pada 2010, 2011 dan 2013 ketika di kemuncak karier bersama Red Bull Racing.

Satu lagi kemenangan diraih Vettel adalah pada 2015 ketika bersama Ferrari - kemenangan ke-40 kariernya - sekali gus yang pertama untuk Ferrari sejak GP Sepanyol 2013.

Dia mengakui kemenangan itu cukup bermakna dan beremosi kerana meraihnya bersama Ferrari, pasukan gergasi F1.

“Apabila peluang ini diberikan kepada saya, ia umpama impian menjadi kenyataan. Saya masih ingat ketika zaman kanak-kanak menyaksika­n Schumacher dan kini saya sendiri memandu jentera merah ini. Ia sangat luar biasa,” katanya.

 ??  ?? VETTEL menjuarai perlumbaan Grand Prix F1 pada 2015. SCHUMACHER dominasi Litar Sepang pada 2000 dan 2001.
RAIKKONEN
VETTEL menjuarai perlumbaan Grand Prix F1 pada 2015. SCHUMACHER dominasi Litar Sepang pada 2000 dan 2001. RAIKKONEN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia