Harian Metro

Frost umum tinggalkan BAM

- Fabian Peter fabian.mark@nst.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat kejutan dengan mengumumka­n peletakan jawatan pengarah teknikal, Morten Frost semalam.

Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria yang juga Pengerusi jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) mengumumka­n perkara itu selepas mesyuarat yang diadakan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.

Norza berkata, bekas pemain Denmark berusia 59 tahun itu menyerahka­n surat peletakan jawatannya pada Isnin lalu atas alasan peribadi.

“Dengan berat hati, saya mengumumka­n bahawa BAM sudah menerima surat peletakan jawatan pengarah teknikal, Morten Frost.

“Pengurus besar (Michelle Chai) akan berbincang dengan beliau mengenai butiran lanjut dan buat masa ini, semua lima ketua jurulatih akan melaporkan diri kepada C&T.

“Michelle akan turut memainkan peranan sebagai perantara kepada semua ketua jurulatih untuk membentuk sistem sokongan yang sewajarnya,” kata Norza.

Ketika ini, jawatan selaku ketua jurulatih disandang

(gambar)

Misbun Sidek (perseorang­an lelaki), Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Tey Seu Bock (perseorang­an wanita), Wong Pei Tty (beregu wanita) dan Chin Eei Hui (beregu campuran).

Beberapa siri keputusan mengecewak­an (Kejohanan Dunia di Glasgow, Sukan SEA Kuala Lumpur dan Piala Sudirman pada Mei lalu) dilihat sebagai antara punca yang mendorong Frost untuk meletakkan jawatannya.

Perkara lain yang dibincangk­an pada mesyuarat semalam termasukla­h memisahkan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong selain pengenalan kepada sistem ganjaran baru kepada pemain.

V Shem-Wee Kiong yang gagal menghasilk­an keputusan positif tahun ini akan diuji untuk bersama pemenang pingat perak KL2017, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di Terbuka Perancis dan Bitburger bulan depan.

 ??  ?? FROST (kanan) bersama ketua jurulatih perseorang­an, Datuk Misbun Sidek.
FROST (kanan) bersama ketua jurulatih perseorang­an, Datuk Misbun Sidek.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia