Harian Metro

Leishman rakam 67 pukulan lengkap kemenangan bergaya

-

Chicago: Mark Leishman merakam 67 pukulan pada pusingan akhir awal pagi tadi untuk melengkapk­an kemenangan bergaya pada Kejuaraan BMW, mengatasi Justin Rose dan Rickie Fowler dengan lima pukulan.

Pemain Australia, Leishman menguasai acara kedua terakhir dalam siri playoff Piala FedEx Jelajah PGA AS itu dengan catatan mengagumka­n 62 Khamis lalu.

Dia memulakan pusingan akhir di Conway Farms dengan mendahului lima pukulan namun dua kali dirapati perbezaan dua pukulan Rose sebelum Leishman menamatkan­nya dengan yakin menerusi tiga birdie dalam

(gambar)

empat lubang terakhir.

Dia menolak masuk dari jarak 19 kaki dari fringe lubang ke-72 untuk meraikan kemenangan ketiganya dalam Jelajah PGA AS dengan 23 bawah par keseluruha­n 261.

Kemenangan itu wajar selepas Leishman gagal menang dua minggu lalu di TPC Boston, apabila cabarannya berakhir dengan lima bogey pada sembilan lubang terakhir.

“Mungkin ada kesan sedikit daripada dua minggu lalu,” kata Leishman. “Saya amat berazam untuk mengelak perkara sama berulang, cuba dan memberikan tumpuan penuh bagi memastikan­nya berjaya. Akhirnya saya menyempurn­akannya.”

Pemain England, Rose membenam tujuh birdie dan satu bogey pada lubang ke-17 sekali gus menamatkan aksi dengan 65 pukulan untuk mengumpul 266 keseluruha­n.

Fowler pula membenam lima birdie untuk mengumpul empat bawah par 67 sekali gus menyertai Rose dengan 18 bawah par keseluruha­n.

Leishman, yang menjuarai kejohanan Jemputan Arnold Palmer Mac lalu, melonjak ke tangga keempat kedudukan Piala FedEx menjelang kejohanan penamat musim Kejuaraan Jelajah di Atlanta. -AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia