Harian Metro

Anna takluk Kejuaraan Evian

-

Evian, Perancis: Pemain golf Sweden, Anna Nordqvist

mengatasi demam kelenjar dan cuaca buruk untuk merangkul kejuaraan utama keduanya apabila menang menerusi penentuan play-off ke atas pemain Amerika Syarikat, Brittany Altomare pada Kejuaraan Evian, awal pagi semalam.

Kedua-dua pemain mencatat 66 pukulan untuk terikat sembilan bawah par dan bogey five pada lubang pertama play-off iaitu lubang ke-18 sudah cukup buat pemain berusia 30 tahun itu menokok satu lagi kejohanan utama selepas Kejuaraan LPGA 2009.

Sejak dua setengah bulan lalu, Anna mengalami demam kelenjar namun dia memegang kata-kata mendiang datuknya yang menyatakan “jangan berputus asa.”

Pertamanya dia mempamerka­n ketahanann­ya dengan persembaha­n luar biasa ketika Eropah mengalahka­n AS untuk menjuarai Piala Solheim bulan lalu, muncul pengutip mata terbanyak dengan 3.5 mata.

Catatan cemerlang pada pusingan akhir termasuk dua eagle dan empat birdie membantu Anna merangkul kejuaraan awal pagi tadi.

“Itulah yang diberitahu­nya kepada saya dan itulah yang saya cuba lakukan,” katanya.

“Beberapa bulan yang sukar. Saya sering kali mahu beraksi dalam Piala Solheim dan saya berjaya melakukann­ya. Tapi saya berasa amat letih. Saya tidak suka berbaring di katil dan tidak berbuat apa-apa.

“Kerana penyakit ini, kemenangan ini pastinya sesuatu yang lebih manis.” AFP

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia