Harian Metro

TAK HIRAU CITIZENS

- AFP

Manchester

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dia tidak terfikir langsung mengenai pasukannya yang terikat dengan Manchester City di tangga teratas Liga Perdana Inggeris susulan kemenangan 4-0 ke atas Everton.

United berkongsi mata namun dibezakan jaringan gol seperti pasukan Pep Guardiola selepas gol daripada Antonio Valencia (m-4), Henrikh Mkhitaryan (m-83), Romelu Lukaku (m-89) dan Anthony Martial (m-92, penalti) memastikan kemenangan ke atas Toffees.

“Saya langsung tidak terfikir mengenai Man City,” kata Mourinho. “Saya memikirkan mengenai Tottenham, Arsenal, Chelsea dan Liverpool.

“Mereka tidak menang perlawanan mereka dan ia peluang buat kami untuk meraih dua mata seperti mereka dapat minggu lalu apabila kami seri dengan Stoke. Saya hanya memikirkan mengenai mereka, bukan City. City menang perlawanan mereka, mereka melaksanak­an tugas.

“Jelas ini berbeza berbanding musim lalu. Kami bermain lebih bagus dan menjaringk­an lebih banyak gol.”

Mourinho berasakan jurang kemenangan itu, yang dicapai menerusi tiga gol dalam tujuh minit terakhir, tidak menggambar­kan dominasi pasukannya.

“Saya fikir jika keputusann­ya 2-0 atau 3-0 selepas 30 minit saya akan katakan ia satu permainan bola sepak menakjubka­n kami dalam 30-35 minit pertama, dominasi kukuh menentang pasukan yang bertahan dengan lima atau empat pemain, saya fikir kami bertindak mengagumka­n.

“Kemudian kedudukan 2-0 dan selepas gol ketiga dan keempat hadir ia disebabkan satu pasukan bersedih dan satu pasukan lagi bergembira. Ia mungkin persembaha­n terbaik kami musim ini.”

Mourinho turut menafikan laporan kecederaan dialami pemain tengah Perancis, Paul Pogba ketika menang dalam Liga Juara-Juara ke atas FC Basel akan menyaksika­nnya diketepika­n hingga tiga bulan.

“Saya tidak tahu jika ia 12 minggu atau 12 hari, sejujurnya,” tegas Mourinho.

“Apa-apa komen, khabar angin jelas tidak benar kerana kami belum tahu sama ada ia 12 minggu atau 12 hari. Pemain itu diperiksa selepas perlawanan.

“Ia kecederaan di hamstring. Tapi kami memiliki prosedur biasa dan perlu menunggu beberapa hari lagi. Ia maklumat yang karut.”

 Mourinho akui Spurs, Arsenal, Chelsea dan Liverpool lebih bahaya

 ??  ?? MOURINHO MKHITARYAN (kanan) rai jaringan bersama rakan sepasukan.
MOURINHO MKHITARYAN (kanan) rai jaringan bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia