Harian Metro

Wenger puji keberanian pemain

-

London: Arsene Wenger

mendakwa kejayaan Arsenal mengikat Chelsea 0-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin membuktika­n pemainnya mempunyai keberanian dan komitmen diperlukan untuk menyaingi juara bertahan itu.

Pasukan Wenger mengalami keputusan buruk di Stamford Bridge akhir-akhir ini namun mereka akhirnya tidak tercalar di kelab barat London itu berikutan persembaha­n luar biasa dipamerkan anak buahnya.

Sebelum ini, Arsenal dibuli oleh Chelsea apabila kalah lima tahun berturut-turut di Bridge.

Arsenal, sering kali dianggap lembik, berjaya menyaingi Chelsea sepanjang perlawanan, mengecewak­an tuan rumah hinggakan pertahanan Blues, David Luiz dibuang padang pada minit ke-87 kerana terjahan keras ke atas Sead Kolasinac. Pertahanan kiri Kolasinac, yang diikat dari Schalke ketika pramusim, mencetus cabaran Arsenal dengan beberapa siri terjahan keras termasuk satu ke atas Luiz yang mungkin menyebabka­n pemain Brazil itu berang.

Wenger menegaskan beliau tidak pernah meragui karakter pemain Arsenal namun mengakui gembira apabila mereka memperagak­annya pada satu perlawanan genting.

“Mereka berjuang di segenap penjuru padang. Kami bertindak balas dengan baik. Pada ketika kami dipersoalk­an, saya suka melihat pasukan ini menunjukka­n tindak balas sebegitu,” ujar Wenger.

“Kami berhak meraih mata ini, saya berasakan kami patut menang dengan sedikit lagi kualiti.”

Selepas kekalahan mengecewak­an di Stoke dan Liverpool awal musim ini, Wenger sedar perlunya Arsenal mempamerka­n peningkata­n ketika menentang Chelsea yang terdesak untuk membalas dendam kekalahan mereka pada final Piala FA musim lalu.

“Kami perlu menerima hakikat apabila kami tidak bermain dengan baik, kami akan dikritik. Satu saja cara menjawabny­a adalah di tengah padang,” tegas Wenger. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia