Harian Metro

Bangkit semula

- AFP

 Juventus, Napoli tebus hampa, kekal rekod sempurna dalam Serie A

Juventus dan Napoli bangkit daripada kekecewaan Liga Juara-Juara untuk mengekalka­n rekod sempurna dalam Serie A Itali sekali gus menyertai Inter Milan di tangga teratas, awal pagi semalam.

Hatrik Paulo Dybala membantu Juventus menang 3-1 di Sassuolo menjadikan­nya empat kemenangan dalam empat perlawanan buat juara bertahan itu manakala Dries Mertens

turut menyumbat tiga gol ketika Napoli membelasah Benevento 6-0.

Inter Milan pula mengalahka­n Crotone 2-0 kelmarin bagi meraih 12 mata maksimum dalam kempen semasa.

Benevento ternyata bukan tandingan buat Napoli, yang bangkit selepas kalah 1-2 kepada Shakhtar Donetsk dalam Liga Juara-Juara.

“Kami tidak bernasib baik di Ukraine,” kata Mertens, penyerang Belgium.

“Kami melakukan banyak kesilapan menentang Shakhtar dan tidak memperagak­an aksi sebenar tapi hari ini kami membuktika­n mampu melakukan pemusnah.”

Pemain tengah Brazil, Allan membuka tirai jaringan selepas tiga minit manakala Lorenzo Insigne menambah

(gambar)

gol kedua pada minit ke-15 di Naples.

Mertens memulakan hatriknya dengan sepakan voli pada minit ke-27 dan kemudian menyempurn­akan dua tendangan penalti dengan Jose Callejon turut berada dalam senarai penjaring pada babak pertama. Napoli kini pendahulu baru Serie A menerusi perbezaan gol namun Mertens menolak sebarang percakapan mengenai kejuaraan.

“Perjalanan liga masih panjang, Inter dan Juve bertindak baik tapi kami akan menghadapi­nya satu demi satu,” katanya.

Kehebatan Dybala membantu Juve bangkit selepas kalah 0-3 kepada Barcelona dalam Liga Juara-Juara.

“Saya mahu menjaringk­an satu gol tetapi tiga yang terhasil,” kata Dybala selepas meledak hatrik keduanya musim ini dan gol ke-52 dalam 100 perlawanan bersama Juventus.

“Pasukan memberi saya keyakinan dan saya juga berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi kebebasan bermain di posisi diingini.”

 ??  ?? PEMAIN Juventus Paulo Dybala (tengah) dikawal ketat pemain Sassuolo Stefano Sensi (kiri) dan Francesco Magnanelli.
PEMAIN Juventus Paulo Dybala (tengah) dikawal ketat pemain Sassuolo Stefano Sensi (kiri) dan Francesco Magnanelli.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia