Harian Metro

Optimis rebut slot akhir

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Hodak tetap yakin kemampuan anak buah lepasi kelayakan AFC B-19 di Korea Selatan

Jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) Bojan Hodak tetap menaruh keyakinan tinggi terhadap anak buahnya untuk melepasi kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-19 bulan depan meskipun hanya muncul naib juara di Kejohanan Persekutua­n Bolasepak Asean (AFF) B-18 di Yangon, Myanmar kelmarin.

Pengendali kelahiran Croatia itu berkata, beliau tidak mahu pemainnya terus dibelenggu kekecewaan kerana mereka mempunyai misi lebih penting pada kelayakan AFC di Korea Selatan bermula 31 Oktober hingga 8 November ini.

Dengan potensi pemain yang ada, pengendali kelahiran Croatia itu percaya mereka mampu merebut salah satu slot ke pusingan akhir apabila bersaing dengan pasukan tuan rumah Korea Selatan, Indonesia, Timor Leste dan Brunei dalam Kumpulan F.

“Semua pemain akan berkumpul semula pada Oktober untuk persiapan menghadapi pusingan kelayakan Kejohanan AFC bawah 19 tahun di Korea Selatan.

“Secara realistikn­ya, peluang kita untuk layak selaku juara kumpulan agak sukar kerana kita akan berdepan pasukan tuan rumah Korea Selatan.

“Tapi kita masih ada peluang bagi merebut salah satu daripada lima pasukan kedua terbaik kumpulan pusingan kelayakan untuk layak ke pusingan akhir tahun depan. Saya percaya halangan utama kita sudah pastinya Korea Selatan dan Indonesia,” kata Hodak kepada Arena Metro.

Indonesia sudah layak ke pusingan akhir selaku pasukan tuan rumah kejohanan tahun depan dan andai pasukan itu berjaya muncul juara atau pasukan kedua terbaik, maka slot lima pasukan kedua terbaik akan ditambah satu lagi.

Skuad B-19 negara tiba di tanah air semalam dari Yangon dengan membawa perkhabara­n duka selepas impian mereka untuk melakar sejarah tidak kesampaian apabila tewas 0-2 di tangan Thailand pada final AFF B-18 di Stadium Thuwunna semalam.

Menurut Hodak, bekas jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT), beliau akan terus memantau prestasi pemain selepas kembali ke pangkuan pasukan masing-masing dan tidak menolak kemungkina­n akan membuat sedikit perubahan sebelum ke Korea Selatan.

“Saya dan barisan kejurulati­han akan memantau perkembang­an pemain dan jika ada pemain lain bukan daripada skuad ini yang berpotensi, saya akan memanggil pemain terbabit untuk diserapkan bersama pasukan,” katanya. pemain perlu bersedia,” kata Akhyar yang sebelum ini membantu skuad B-22 negara layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-22 di China Januari depan.

Pada pusingan kelayakan AFC B-19, Malaysia bakal bersaing dengan pasukan tuan rumah Korea Selatan, Indonesia, Timor Leste dan Brunei dalam Kumpulan F.

 ?? Bojan Hodak ?? Kita masih ada peluang bagi merebut salah satu daripada lima pasukan kedua terbaik kumpulan pusingan kelayakan untuk layak ke pusingan akhir tahun depan. Saya percaya halangan utama kita sudah pastinya Korea Selatan dan Indonesia”
Bojan Hodak Kita masih ada peluang bagi merebut salah satu daripada lima pasukan kedua terbaik kumpulan pusingan kelayakan untuk layak ke pusingan akhir tahun depan. Saya percaya halangan utama kita sudah pastinya Korea Selatan dan Indonesia”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia