Harian Metro

Akhyar tumpu aksi kelayakan

-

Kuala Lumpur: Dua kali kecundang di pentas final dalam masa tiga minggu adalah kekecewaan sukar dilalui buat penyerang muda negara Akhyar Abdul Rashid

(gambar).

Bagaimanap­un dia yang menjadi tonggak skuad bawah 19 tahun (B-19) negara muncul naib juara di Kejohanan Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) B-18 di Yangon, Myanmar kelmarin percaya, apa yang dilalui itu akan menguatkan semangatny­a bagi mengharung­i misi seterusnya kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Korea Selatan bulan depan.

“Memang kecewa sangat sebab dua kali kalah di final dengan Thailand, tapi pada saya, ini adalah sebahagian lumrah dalam bola sepak yang perlu dihadapi. Banyak yang saya belajar ketika beraksi di Sukan SEA (Kuala Lumpur) dan kejohanan AFF ini.

“Saya percaya masih banyak peluang untuk meraih kejayaan selepas ini, jadi saya hanya perlu berusaha lebih kuat,” kata pemain Kedah itu kepada Arena Metro semalam.

Harapan Akhyar, 18, untuk menebus kegagalan skuad B-22 negara yang tewas 0-1 kepada Thailand di Sukan SEA bulan lalu musnah apabila Malaysia dikecewaka­n sekali lagi pada final Kejohanan AFF B-18 di tangan skuad Gajah Perang itu 0-2.

Dia yang meledak tiga gol sepanjang kempen kejohanan itu dijangka terus menjadi sandaran jurulatih Bojan Hodak pada pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-19 di Korea Selatan bermula 31 Oktober hingga 8 November.

“Kalau dilihat, tidak ada banyak jurang antara kita dengan Thailand. Kita bermain baik pada final cuma kita leka dua, tiga minit untuk Thailand hukum kita. Jadi kita kena terus pandang ke depan dan selepas ini Kejohanan AFC pula, semua

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia