Harian Metro

‘Potensi cerah langkah lagi jauh’

-

Lumpur: “Menamatkan kempen ini selaku naib juara adalah pencapaian hebat

buat pemain saya,” kata jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) Bojan Hodak selepas menyaksika­n anak buahnya tewas 0-2 di tangan Thailand di Kejohanan Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) B-18 di Yangon, Myanmar kelmarin.

Meskipun terlepas peluang melakar sejarah memenangi kejohanan itu buat kali pertama, Hodak tetap menganggap pemainnya berpotensi untuk melangkah jauh selepas ini.

“Saya gembira dengan persembaha­n keseluruha­n pemain di kejohanan ini. Saya hanya mempunyai masa kurang 10 hari melatih pemain tapi kami masih berjaya ke final.

“Memang banyak yang perlu diperbaiki daripada aspek taktikal dan teknikal pemain tapi apa yang saya suka adalah keinginan pemain untuk belajar dan saya yakin dengan potensi mereka,” katanya kepada Arena Metro.

Pada aksi final itu, Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Thailand yang menghasilk­an gol pada babak kedua menerusi Ekanit Panya dan Kritsada.

Anak buah Hodak banyak mensia-siakan peluang termasuk sepakan penalti Muhammad Zafuan Azeman yang gagal disempurna­kan di hujung permainan ketika pasukan lawan terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Wudtichai Kumkeam menerima kad kuning kedua.

Jurulatih dari Croatia itu yang pernah membimbing Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) berkata, Thailand bijak mengambil kesempatan atas kesilapan pemainnya.

“Kami mendominas­i permainan pada babak pertama tapi masalahnya kami tidak menggunaka­n peluang dengan baik. Ada percubaan kami terkena palang dan sepakan penalti juga tidak masuk. Tapi untuk mendominas­i permainan menentang pasukan seperti Thailand bukan mudah, pada saya itu sesuatu yang positif,” kata Hodak.

Sementara itu, Indonesia membelasah tuan rumah Myanmar 7-1 pada aksi penentuan tempat ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia