Harian Metro

Mahu menang besar

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

 Irfan mahu anak buah buat jaringan ketika bertemu MISC-MIFA

Menang dengan jaringan besar. Itulah sasaran yang diletakkan Terengganu apabila berkunjung ke Stadium Proton, Tanjung Malim untuk bertemu MISC-MIFA petang ini.

Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, selain menang anak buahnya turut perlu menjaringk­an sebanyak mungkin gol kerana sedar faktor itu mungkin memainkan peranan untuk merebut tempat ke Liga Super musim depan.

“Perkara paling penting ialah tiga mata kerana ia

(gambar)

akan mengukuhka­n kedudukan di kelompok teratas Liga Perdana.

“Tetapi jika pemain dapat menghasilk­an lebih banyak jaringan, ia menjadi bonus buat kami kerana tiga pasukan terdekat termasuk pendahulu, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) juga bersaing hebat merebut dua tempat teratas untuk ke Liga Super,” kata Irfan.

Berdasarka­n kedudukan terkini, Terengganu berada di tangga kedua liga, berkongsi 41 mata dengan Kuala Lumpur selepas hanya mengumpul 36 jaringan dan 23 bolos berbanding skuad The City Boys yang meledak 42 gol dan 20 bolos.

Bagi mencapai misi pihak pengurusan untuk muncul juara liga, skuad yang terkenal dengan slogan Peteh Terengganu Peteh itu perlu menang dalam baki tiga perlawanan terakhir bertemu MISC-MIFA, PDRM dan PKNP serta merekod jaringan besar.

Mengulas lanjut, Irfan mengingatk­an anak buahnya supaya tidak mengambil mudah pertemuan dengan ketiga-tiga pasukan berkenaan walaupun dua daripada skuad terbabit adalah pendatang baru Liga Perdana.

“Sebarang kelalaian bakal mengundang padah apatah lagi kami akan beraksi pada waktu petang. Lawan pasti bertungkus-lumus untuk menang bagi mengelak tersingkir ke Liga FAM dan justeru, saya tuntut pemain gunakan peluang ini untuk mencatat kemenangan bagi memudahkan lagi laluan ke Liga Super,” kata Irfan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia