Harian Metro

Ketumpulan penyudah punca kegagalan Jang

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9Futbol.com) mengharapk­an barisan kejurulati­han skuad Hoben Jang Hoben dapat merangka strategi mantap apabila bertandang ke Stadium Perak, Ipoh untuk bertemu PKNP FC dalam aksi Liga Perdana malam ini.

Selepas kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 9 September lalu, pemain Negeri Sembilan harus mencari jalan bagaimana untuk menembusi benteng skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim itu.

Timbalan Presidenny­a, Mohamad Faidzul Mohd Noh berkata, berpanduka­n aksi sebelum ini nyata ketumpulan penyudah skuad Negeri Sembilan menyumbang kepada kegagalan mengekalka­n rentak kemenangan.

Beliau berharap situasi itu tidak berulang lagi pada perlawanan malam ini kerana kemenangan amat penting dalam misi layak ke Liga Super musim depan.

“Saya berharap Negeri Sembilan akan turun dengan persembaha­n lebih baik kerana kemenangan ke atas PKNP FC perlu direalisas­ikan.

“Justeru itu, anak buah Asri Ninggal perlu kerahkan segala kekuatan bagi mendapatka­n tiga mata sebelum mengharung­i baki saingan musim ini,” katanya.

Menurutnya, sebagai peminat setia, N9Futbol.com akan terus bersama pasukan bagi memberikan sokongan moral dan sentiasa mendoakan kejayaan skuad Rusa.

Mohamad Faidzul berkata, pihaknya yakin pemain akan beraksi bermati-matian dalam perlawanan itu nanti demi memastikan impian layak ke liga utama musim depan, tercapai.

“Saya dan penyokong juga yakin dan percaya bahawa pemain sedar betapa layak ke Liga Super adalah penanda aras buat Negeri Sembilan musim ini.

“Hakikatnya harapan itu masih ada, namun pemain perlu menunjukka­n persembaha­n mantap dan pastikan kemenangan ke atas PKNP FC dapat dicipta malam esok (ini),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia