Harian Metro

Beri bayangan penaja utama

- Mohamad Zulhairie Manzaidi sukan@hmetro.com.my

 KAFA teliti rundingan tiga syarikat multinasio­nal bersama TRW musim depan

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) baru dipilih, Bibi Ramjani Ilias Khan memberi bayangan mereka sudah mempunyai penaja utama musim depan.

Beliau berkata, nama penaja yang masih belum didedahkan itu sudah mengesahka­n berminat untuk bersama The Red Warriors (TRW) bagi musim 2018.

Pada masa sama, beliau berkata, KAFA sedang memuktamad­kan rundingan dengan tiga syarikat bertaraf multinasio­nal untuk membantu persatuan itu menguruska­n perbelanja­an pasukan.

“Sebelum diumumkan presiden, saya ada berbincang untuk bawa masuk tiga syarikat multinasio­nal bagi membantu KAFA. Cuma, kita masih belum putuskan sama ada mereka akan menjadi penaja KAFA atau penaja pemain import baru bagi musim depan.

“Saya berharap rundingan ini berjaya dan memberi sinar baru kepada KAFA, sekali gus mengembali­kan kegemilang­an Kelantan,” katanya pada sidang media di pejabat Media Prima Berhad (MPB), semalam.

Kongres KAFA kelmarin menyaksika­n Bibi Ramjani memenangi kerusi presiden selepas mengalahka­n Datuk Mohamad Nasir Hamzah yang juga Naib Presiden KAFA menerusi kelebihan 32 undi.

Bersamanya dalam delegasi kepemimpin­an KAFA 2018-2021 ialah Datuk Seri Afandi Hamzah yang kekal sebagai Timbalan Presiden manakala tiga Naib Presiden membabitka­n Datuk Aizuddin Mohd Ghazali, Nik Pakheruddi­n Nik Abdul Kadir dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim.

Pengasas Desa Murni Batik Sdn Bhd itu berkata, fokus utamanya ketika ini adalah memastikan pasukan Kelantan dapat bermain dengan selesa musim depan dan akan berusaha menyelesai­kan masalah berbangkit berkaitan pendaftara­n pasukan.

Ini termasuk mengumpul RM3 juta sebagai dana permulaan pasukan.

“Bagaimanap­un, saya menuntut pemain bersungguh-sungguh supaya Kelantan kekal dalam saingan Liga Super,” katanya.

Mengenai tunggakan gaji pemain dan hutang lain, beliau memberi jaminan masalah itu akan diselesaik­an secepat mungkin dan ia menjadi agenda utama dalam mesyuarat pertama pengurusan KAFA yang baru.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia