Harian Metro

AIZAT SIBUK KOMITMEN KERJA

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Pasti ramai tertanya-tanya mengapa penyanyi terkenal Aizat Amdan tidak menyertai program realiti Akademi Fantasia Megastar. Ketika ditemui baru-baru ini, bekas peserta musim kelima Akademi Fantasia (AF) menjelaska­n dia terpaksa menolak

penyertaan program realiti itu kerana sibuk dengan komitmen

kerjanya. “Saya baru menandatan­gani kontrak dengan Warner Music untuk single baru Jangan Menangis dan turut mempunyai beberapa perancanga­n bersama syarikat

rakaman itu. “Jadi, saya terpaksa menolak AF Megastar kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen

sepenuhnya,” katanya. Dikenali dengan watak berat, pelakon Beto Kusyairy, 37, akui sebagai seorang pelakon dia tidak boleh terlalu memilih watak.

Sebaliknya, perlu lebih mencabar diri melakonkan apa juga watak diberikan walaupun ringan.

Aktor hebat ini sedar apabila sudah terbiasa dengan watak berat agak sukar untuknya menjayakan karakter ringan.

Namun itulah cabaran yang mesti dilalui insan seni dan ia perlu dilakukan demi membuktika­n kemampuan diri kepada orang ramai.

“Memang mencabar menzahirka­n watak ringan apabila orang sudah biasa melihat saya bawa karakter berat.

“Namun, pada saya jika kita faham jalan cerita dan watak, dibantu pula pasukan produksi yang bagus, ia tidak menjadi masalah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia