Harian Metro

Perjuangka­n rumah untuk ahli fokus utama

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Bagi membantu dan meringanka­n beban artis veteran tanah air, Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) mengambil inisiatif dengan mengadakan Majlis Malam Santai

Nostalgia.

Menurut Presiden PKAVM Rahim Jailani, ia acara terbesar pertama yang dianjurkan­nya sejak mengambil alih persatuan itu pada 2015.

“Tujuan utama majlis itu untuk mencari dan mengutip dana persatuan. Ia percubaan pertama kami. Saya ingin melihat sejauh mana sambutan diberikan ahli dan anak seni lain.

“Sebelum ini ada beberapa program lain bagi tujuan sama, tetapi majlis malam santai adalah acara besar pertama sepanjang saya mengambil alih persatuan. Bukan tidak ada langsung duit, cuma kami nak menambah dana yang ada bagi memudahkan bantuan diberikan kepada ahli yang memerlukan.

“Bukan apa, sebelum ini kami tidak dapat menyalurka­n sumbangan dalam jumlah banyak kerana kekangan dana. Jadi diharap program seumpama ini dapat menampung dana sedia ada,” katanya.

Rahim berkata, PKAVM tidak menyasarka­n sebarang jumlah daripada majlis itu kerana dia lebih bersikap terbuka.

Selain majlis itu, Rahim juga masih berjuang untuk mendapatka­n rumah buat ahli iaitu artis veteran yang memerlukan.

“Fokus utama saya sekarang untuk mendapatka­n rumah buat mereka. Sekurangku­rangnya rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Malah perkara ini pernah saya suarakan ketika menghadiri forum anak seni TN50 bersama Perdana Menteri, barubaru ini.

“Kalau boleh saya memang nak mereka dapat rumah. Lagipun, masalah ini bukan perkara baru. Saya sudah usahakan perkara ini, tetapi belum mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa. Permohonan tidak sampai 10 orang pun, namun terlalu sukar nak diluluskan,” katanya.

Pada masa sama, Rahim juga menggesa ahli PKAVM memberikan kerjasama kepada persatuan dalam apa jua aktiviti dijalankan.

Menurut Rahim, terdapat artis veteran yang ada nama bersikap terlalu berkira dengan bertanyaka­n soal bayaran jika diundang membuat persembaha­n.

“Apa yang saya perasan, banyak artis veteran yang ada nama kurang peka dengan kebajikan orang lain. Sikap terlalu berkira membuatkan mereka

 ??  ?? MAJLIS Malam Santai Nostalgia meriah.
MAJLIS Malam Santai Nostalgia meriah.
 ??  ?? YUSNI
YUSNI
 ??  ?? S MARIAM
S MARIAM
 ??  ?? JALALUDDIN
JALALUDDIN
 ??  ?? ASPALELA
ASPALELA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia