Harian Metro

Sanjay harap anak lebih baik

-

‘Janganlah anak jadi macam saya,” kata Sunjay Dutt.

Aktor berusia 58 tahun itu menzahirka­n rasa bimbang terhadap tiga anaknya iaitu Trishala, 29, dan pasangan kembar Shahraan serta Iqra yang kini berusia enam tahun.

Trishala anak hasil perkahwina­n Sunjay dengan mendiang isteri pertama, Richa Sharma. Manakala Shahraan dan Iqra pula anaknya dengan Maanayata Dutt.

Sanjay pernah ditahan pihak berkuasa kerana memiliki senjata api secara haram dan dikatakan terbabit dalam siri letupan di Mumbai pada 1993. Atas kesalahan itu dia dihukum penjara selama lima tahun. Bagaimanap­un, tempoh itu dipendekka­n menjadi 42 bulan dan dia dibebaskan tahun lalu.

Aktor itu juga berhempas-pulas menghilang­kan ketagihan dadah.

“Bapa (aktor Sunil Dutt) menderita kerana saya. Dia membesarka­n saya seperti kanak-kanak lain. Dia masukkan saya ke sekolah berasrama dan sekarang saya melakukan perkara

Tidak mahu mereka ikut perangainy­a dulu dengan mendidik nilai

hidup

sama kepada anak.

“Saya cuba mengajar mereka nilai hidup, menghormat­i orang lain walaupun individu itu pembantu rumah.

“Janganlah anak ikut perangai saya kerana tak mahu menderita seperti bapa saya,” katanya.

Menurut Sanjay, dia mula mengambil dadah ketika belajar di kolej. Mulanya hanya untuk suka-suka dan dia tak sangka akan jadi penagih tegar. Dia mengambil masa 10 tahun untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman dadah.

“Saya bertuah kerana dapat membebaska­n diri daripada terus bergantung dengan dadah. Saya rasa lega tanpa pengaruh dadah, dapat lihat kehidupan saya yang baru dan jadi lebih baik daripada dulu.

“Kepada remaja, janganlah ambil dadah kerana kalau anda gagal ‘keluar’ daripadany­a, hidup anda akan musnah. Ia bukanlah benda yang boleh dicuba atau untuk sukasuka kerana anda boleh menjadi ‘hambanya’ dan kesannya amat dahsyat,” katanya.

 ??  ?? SUNJAY dan keluarga.
SUNJAY dan keluarga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia