Harian Metro

Noh kekalkan

-

Angin Kencang

Noh Salleh Warner Music Malaysia

Angin Kencang bukanlah buah tangan terbaru daripada penyanyi Noh Salleh, tetapi ia dibuat semula dengan penambahan tiga material baru berjudul Renjana, Mr Polia dan Sarawak.

Alunan muzik album kali ini masih mengekalka­n pop retro yang sudah sebati dengan Noh.

Mungkin tidak ramai yang boleh menerima genre ini memandangk­an balada, pop dan irama moden lain lebih mendominas­i arus muzik perdana. Namun, masih ada pengikut setia pop retro yang diperjuang­kan Noh yang menyifatka­n karyanya lebih kepada ‘syok sendiri’.

“Jika dibandingk­an dengan penyanyi lain, suara saya tidak sebagus mereka. Saya juga menghasilk­an karya mengikut apa yang saya suka,” katanya.

Album Angin Kencang sebelum ini mendapat sambutan sangat menggalakk­an di Jakarta apabila ia dilancarka­n dua tahun lalu.

“Bukan maksud peminat tempatan tidak menghargai karya saya, tetapi peminat di Jakarta lebih teliti dalam pelbagai sudut.

“Bayangkan, ada yang datang bertemu saya dan bertanya mengenai idea kulit album, inspirasi muzik saya dan macam-macam lagi,” katanya.

Meskipun menjadikan kumpulan Sore dari Indonesia sebagai rujukan, Noh tetap mengagumi karya tempatan.

“Saya menangis mendengar lagu Sore terutama album Ports of Lima. Ia penuh dengan inspirasi dan sangat berjiwa.

“Selain itu, saya juga dengar muzik lama daripada seniman tempatan seperti Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.

“Walaupun usia lagunya sudah puluhan tahun, ia mendahului masa ketika itu dan setaraf muzik Barat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ALBUM: PENYANYI: EDARAN:
ALBUM: PENYANYI: EDARAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia