Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV2, 5 petang Detectives and Doctors TV3, 6.30 petang AHLI MESYUARAT TINGKAP EPISOD 4 TV3, 6.58 petang TITIAN CINTA EPISOD 5 TV3, 10 malam PATAHNYA SEBELAH SAYAP EPISOD 13

Mengangkat kisah Lu Xiaofeng yang terkenal di alam semesta Gu Long kerana menyiasat penyakit luar biasa yang menyerang maharaja.

Dia berkawan baik dengan doktor terkenal Hua Manlou, pendekar Xi Men Chui Xue dan wanita yang mencintain­ya tanpa syarat, Ah Xin.

Dia ditugaskan mencari punca penyakit misteri maharaja. Dalam penyelidik­annya, Lu Xiaofeng bertemu Puteri Shangguan Danfeng dari Kerajaan Burung Emas yang mendedahka­n penyakit yang dideritai maharaja bukan penyakit biasa tapi kerana racun yang dibuat tiga pengkhiana­t kerajaan.

Ketiga-tiga pengkhiana­t itu bersembuny­i di ibu kota Kerajaan Burung Emas. Lu Xiofeng dengan dibantu Hua Manlou dan Pendekar Ximen Chuixue berangkat bersama puteri ke Kerajaan Burung Emas untuk menangkap tiga pengkhiana­t terbabit.

Sepanjang perjalanan ke Kerajaan Burung Emas, mereka berdepan pelbagai ancaman, mara bahaya dan percintaan tiga segi yang tak terduga. Mengisahka­n tiga rakan baik iaitu Zai, Ju dan Ira yang saling mengenali sejak di bangku sekolah.

Apabila dewasa dan bekerja, mereka cuba menganjurk­an majlis pertemuan semula yang digelar ‘Reunion of The Year’ untuk rakan sekolah.

Pelakon: Rita Rudaini, Izreen Azminda, Sherry Alhadad, Azrel Ismail, Kuna Muzani, Mia Ahmad dan Lufya Omar Harris bersikap dingin dengan Aisy. Ibu dan bapa Aisy berasa gembira kerana anak mereka berkahwin dengan Harris.

Mereka bersyukur dengan kebahagiaa­n Aisy walaupun sejak berkahwin, Harris langsung tidak pernah menjejakka­n kaki ke kampung untuk menjenguk mereka.

Pelakon: Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P Ramlee dan Marisa Yasmin Kuzairi datang ke tempat kerja Alisha dan membuat kecoh dengan mengatakan Alisha salah mengambil pesanan. Alisha dimarahi pengurus restoran.

Pelakon: Umie Naziera, Aeril Zafril, Izzue Islam, Wawa Zainal dan Syanie Aida

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia