Harian Metro

Potensi tinggi pasaran

-

DARI MUKA 1

Keluasan penanaman halia di Malaysia adalah 940.24 hektar dengan jumlah pengeluara­n sebanyak 13,362 metrik tan pada 2016.

Pahang antara pengeluar terbesar tanaman halia dengan jumlah pengeluara­n sebanyak 7,528.52 tan metrik.

Dua varieti halia yang sudah lama ditanam di Malaysia ialah Bentong (halia Bukit Tinggi) dan Tanjung Sepat (halia Indonesia).

Halia Bentong mempunyai rizom besar dan menarik rupa bentuknya dengan isi berwarna pucat keputihan. Varieti ini kurang berserabut dan bermutu tinggi.

Penanaman halia Bentong di Kampung Bukit Tinggi dan Kampung Janda Baik di daerah Bentong, Pahang.

Sistem penanaman halia di kawasan itu adalah secara giliran dengan tanaman sayur-sayuran yang lain. Keluasan penanaman di Bentong pada 2016 membabitka­n keluasan 395 hektar dengan penyertaan 350 usahawan.

Pengeluara­n pada 2016 sebanyak 7,382.399 kilogram (kg) membabitka­n nilai pengeluara­n sebanyak RM64 juta.

Halia Bentong mempunyai nilai potensi tinggi bagi pasaran dalam dan luar negara apabila harga ladang sekitar RM8 hingga RM20 sekilogram.

Seorang pengusaha halia, Mohamad Ithnin Majid, 54, dari Janda Baik, berkata rasa halia Bentong lebih pedas, serabut lebih halus dan wangi manakala kandungan seratnya tinggi menyebabka­n antara halia terbaik lagi disukai ramai.

“Saya mengusahak­an tanaman halia ini sejak 25 tahun lalu membabitka­n keluasan 0.4 hektar. Halia ini boleh dituai antara lapan hingga sembilan bulan,” katanya.

Chang Kee Meng, 52, dari Bukit Tinggi, berkata dia mengusahak­an tanaman itu sejak 30 tahun lalu dan mengeluark­an hasil antara 300 hingga 400kg bagi satu musim.

“Selepas musim pertama tanaman halia ini saya akan selang-selikan dengan tanaman lain seperti kacang botor dan kacang buncis kerana tanah di sini perlu direhatkan dalam tempoh tiga tahun sebelum penanaman semula dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengeluara­n halia Bentong di kawasan seluas kira-kira 395 hektar pada masa ini ialah kira-kira 7,000 tan metrik.

Beliau berkata, pengeluara­n halia Bentong mendapat permintaan tinggi masyarakat dalam dan luar negara dan ia perlu dipertingk­atkan.

“Kementeria­n Pertanian

 ??  ?? Selepas musim pertama tanaman halia ini saya akan selang-selikan dengan
tanaman lain seperti kacang botor dan kacang buncis kerana tanah di sini
perlu direhatkan dalam tempoh tiga tahun sebelum penanaman semula
dilakukan
Selepas musim pertama tanaman halia ini saya akan selang-selikan dengan tanaman lain seperti kacang botor dan kacang buncis kerana tanah di sini perlu direhatkan dalam tempoh tiga tahun sebelum penanaman semula dilakukan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia