Harian Metro

DVS hanya kawal selia

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@hmetro. com.my

Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) menegaskan tidak terbabit di dalam perniagaan dan pengimport­an daging lembu, kambing dan kerbau.

Peranan DVS adalah hanya untuk mengawal selia kemasukan haiwan dan produk berasaskan haiwan dari segi status penyakit haiwan serta zoonotik.

Ia termasuk aspek kebersihan dan keselamata­n daging sementara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memastikan keperluan halal.

Ketua Pengarah

DVS Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, pihaknya terbuka menerima pandangan dan cadangan mana-mana pihak yang ingin melihat perubahan dalam industri pengimport­an daging lembu, kambing dan kerbau.

Beliau berkata, ia adalah penting untuk memastikan penyertaan lebih banyak syarikat Bumiputera di dalam perniagaan pengimport­an daging kerbau dan lembu.

“Pendekatan yang perlu diambil adalah untuk melihat model perniagaan yang bersesuaia­n dan mempunyai ciri daya saing yang kuat.

“DVS setuju untuk konsortium Bumiputera ditubuhkan bagi memastikan penyertaan mereka yang lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n di Putrajaya, baru-baru ini.

Dr Quaza Nizamuddin berkata, Malaysia mengimport daripada 21 negara dan pemeriksaa­n audit dikendalik­an ke atas loji penyembeli­han luar negara yang ingin mengekspor­t daging melalui pemeriksaa­n ketat.

“Loji penyembeli­han perlu menepati semua keperluan sebelum diberi kelulusan. Ia dilakukan untuk memastikan daging dihasilkan bebas penyakit, selamat dimakan dan terjamin halal.

“Ia satu amanah yang perlu dipikul untuk memastikan rakyat dapat membeli daging yang suci, bersih dan selamat daripada loji penyembeli­han yang mempunyai amalan sistem kualiti yang tinggi.

“Proses audit ke atas loji penyembeli­han yang dilaksanak­an adalah secara berjadual. Di peringkat jabatan, tiada apa-apa sekatan dikenakan kepada syarikat yang ingin mengimport.

“Bagaimana pun jika ada syarikat yang menghadapi masalah untuk berurusan dengan loji yang diberi kelulusan eksport boleh menghubung­i DVS untuk bantuan,” katanya.

 ??  ?? DR Quaza Nizamuddin
DR Quaza Nizamuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia