Harian Metro

Cekal berdikari resipi kejayaan

- Mohamad Hussin Mohamad_Hussin@ hmetro.com.my

“Kecacatan bukan penghalang bagi saya meneruskan pekerjaan untuk menyara hidup keluarga. Apa saja kerja yang kita lakukan dengan niat yang betul pasti menemui kejayaan.

“Setiap perkara yang dilakukan perlu ada semangat, kegigihan dan disiplin,” kata Abdullah Kasdi, 39, yang terpilih menerima Anugerah Agropreneu­r Agrobank (AAA) 2017 kategori orang kurang upaya (OKU) 2017, sekali gus melayakkan­nya membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM10,000.

Beliau yang kudung tangan kanan akibat terbabit kemalangan jalan raya 21 tahun lalu, tidak patah semangat sebaliknya cekal berdikari mengusahak­an perniagaan berasaskan kelapa di Kampung Rampangi, Santubong, Sarawak.

“Sekarang perniagaan semakin maju, dengan hasil jualan sekitar RM15,000 sebulan. Isteri saya, Siti Norazan Mohd Lorren, 38, turut membantu dalam kerja pembungkus­an bagi memasarkan­nya di sekitar Kuching.

“Saya menjalanka­n perniagaan ini sejak tahun 2000 yang diasaskan ibu, Fatimah Sujang, 69.

Pada 2006, barulah saya mendapatka­n pembiayaan Agrobank RM10,000.

“Lima tahun kemudian, saya mendapatka­n lagi pembiayaan sebanyak RM20,000 dan seterusnya RM30,000,” katanya yang mengusahak­an perniagaan memproses kelapa untuk dijadikan santan selain beberapa produk seperti jeli, kerisik, minyak kelapa dara dan minyak kelapa urut.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada AAA 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis anugerah itu disempurna­kan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Hadir sama, Pengerusi Agrobank Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Pengarah Urusan

Pak Ali Food Industries

Sdn Bhd Alias Ali, yang mengambil alih perniagaan bapanya, Allahyarha­m

Ali Omar berkata, dia akan meneruskan legasi bapanya selain mahu mengembang­kan perniagaan sehingga ke luar negara.

Sementara itu, Mohamad Zabidi berkata, objektif anugerah ini adalah untuk mengiktira­f agropreneu­r berjaya yang dilihat mampu menjadi ikon bagi usahawan lain dalam industri ini serta menggalakk­an lebih ramai usahawan lahir bagi membina bisnes agro.

“Anugerah ini diperkenal­kan bagi menyokong usaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk mengangkat lebih banyak lagi kisah kejayaan usahawan dalam bisnes agro.

“Masyarakat masih mengaitkan pertanian dengan persepsi 3D Dangerous, Dirty dan Difficult (Berbahaya, Kotor dan Sukar). Tetapi ramai usahawan dalam industri ini menunjukka­n prospek perniagaan untuk pertanian dan industri asas tani menjanjika­n permintaan berterusan untuk pasaran tempatan mahupun antarabang­sa,” katanya.

Menurutnya, bagi separuh pertama tahun

2017, Agrobank telah mencatatka­n nilai pembiayaan yang sangat membanggak­an iaitu RM9 bilion.

“RM5.6 bilion daripada jumlah keseluruha­n adalah pembiayaan bagi sektor pertanian primer manakala RM3.4 bilion adalah pembiayaan bagi segmen agromakana­n. Ini adalah pencapaian yang baik terutama dalam keadaan ekonomi global semasa.

“Pertanian adalah antara penyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi terpenting di Malaysia. Sejak penubuhann­ya pada 1969, Agrobank telah menyokong impian agropreneu­r bagi membina empayar perniagaan mereka.

“Ia sekali gus menyediaka­n peluang pekerjaan kepada orang ramai. Ramai agropreneu­r memperoleh manfaat daripada pembiayaan, produk dan perkhidmat­an daripada Agrobank,” katanya.

Menjadi OKU sejak ditimpa kemalangan 21 tahun lalu bukan penghalang Abdullah

Kasdi hingga raih anugerah AAA

 ?? FOTO ?? LAPAN pemenang AAA 2017 bersama Ahmad Shabery (enam dari kiri) dan Mohamad Zabidi (empat dari kiri).
FOTO LAPAN pemenang AAA 2017 bersama Ahmad Shabery (enam dari kiri) dan Mohamad Zabidi (empat dari kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia