Harian Metro

Produk halal melonjak di Singapura

-

Malaysia Fest 2017 di Changi kutip nilai jualan lebih RM1 juta

Chua Chu Kang, Zaqy Mohamad. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah FAMA Datuk Abdul Shukur Idrus.

Edisi tahun kedua festival yang disambut meriah itu menawarkan pilihan produk dan makanan istimewa dari semua negeri di Malaysia termasuk buah-buahan serta hasil kraf tangan.

Sementara itu, Pengurus Aihana Mooncakes, Nasyrah Mansor berkata, beliau yang kali pertama menyertai Malaysia Fest terharu dengan hasil jualan dan sambutan menggalakk­an daripada pengunjung terutama bukan Islam.

“Saya mengusahak­an penjualan kek bulan ini sejak 2015 dengan hasil bimbingan dan sokongan oleh FAMA hingga mendapat permintaan positif daripada pelanggan termasuk dari Jepun.

“Syarikat saya masih baru dalam dunia perniagaan dan usaha penganjura­n festival seumpama ini amat disokong sepenuhnya kerana membabitka­n kemasukan produk tempatan ke luar negara atau peringkat antarabang­sa,” kata anak kelahiran Kedah yang yakin dapat memperoleh jualan berjumlah RM15,000 itu.

Dalam pada itu, Agrobazaar Malaysia-Singapura (ABMS) optimis menyasarka­n kutipan nilai jualan produk industri asas tani (IAT) dari Malaysia berjumlah hampir RM1 juta di pasaran republik itu tahun ini.

Ia berikutan prestasi jualan pelbagai produk terutama makanan sejuk beku, jus minuman dan rempah ratus (perencah) mencatatka­n peningkata­n kutipan lebih RM379,000 dalam tempoh lapan bulan, berbanding RM562,000 sepanjang tahun lalu.

Tiga lokasi promosi utama termasuk Malaysia Halal Centre, di pasar raya Big Box di Jurong East dan Global Halal Hub di Jalan Chai Chee.

Pengurus Besar ABMS Noor Hisham Mohamad Sainan berkata, pemerhatia­n pihaknya mendapati kempen promosi yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu menunjukka­n perkembang­an positif dan sambutan sangat menggalakk­an.

“Setakat ini, kami mempunyai 690 jenis produk makanan IAT berkonsepk­an ‘ready to eat’ dan ‘cook and drink’ halal yang mendapat permintaan tinggi rakyat Singapura. Ia membabitka­n penyertaan 290 usahawan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Berdasarka­n prestasi jualan, nilai kutipan jualan berjumlah S$178,000 (RM559,860) diperoleh tahun lalu. Hingga Julai lalu, kami berjaya mencatatka­n perolehan S$120,000 (RM377,434) dan kita yakin mampu mencapai sasaran S$300,000 (RM943,585) tahun ini,” katanya.

 ??  ?? MALAYSIA Fest 2017 di Singapura.
MALAYSIA Fest 2017 di Singapura.
 ??  ?? ABDUL Shukur (tiga dari kanan) dan Nazipah (dua dari kanan) merasmikan Selangor Month Agrobazaar di Singapura.
ABDUL Shukur (tiga dari kanan) dan Nazipah (dua dari kanan) merasmikan Selangor Month Agrobazaar di Singapura.
 ??  ?? NOOR Hisham menunjukka­n produk yang dijual di Singapura.
NOOR Hisham menunjukka­n produk yang dijual di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia