Harian Metro

Kes meningkat setiap tahun

- DARI MUKA 15

Pelbagai punca penyebab isteri dera suami, paling menonjol ialah faktor kecurangan

Ini kerana tindakan wanita itu dianggap kejam kerana sanggup memotong kemaluan suaminya akibat rasa marah yang keterlalua­n kerana dirinya diperlakuk­an sebegitu ganas ketika hubungan seksual.

Berdasarka­n statistik PDRM, terdapat peningkata­n dalam kes penderaan suami setiap tahun daripada 37 kes pada 2015 meningkat kepada 54 kes pada 2016. Pada tahun ini bermula Januari hingga Julai sebanyak 28 kes sudah dilaporkan. Walaupun peratusann­ya jauh lebih kecil berbanding penderaan ke atas wanita, namun jumlahnya meningkat setiap tahun.

“Bentuk penderaan paling tinggi pada 2014 hingga 2017 membabitka­n fizikal seperti pukul, tampar dan tendang, diikuti memukul menggunaka­n senjata seperti batang besi dan kayu golf, merosakkan harta benda seperti perabot dan kereta, simbah asid pada kenderaan, gigit dan cakar, tetak dan tikam serta simbah asid dan air panas ke badan suami,” katanya.

Menjelaska­n mengenai punca isteri mendera suami ia membabitka­n perbuatan curang suami yang menjalinka­n hubungan sulit dengan orang lain. Faktor lain termasukla­h perselisih­an faham, masalah kewangan, anak, cemburu, mabuk dan dadah. Kebanyakan kes berlaku pada pasangan berusia 26 hingga 45 tahun yang boleh dikatakan sebagai pasangan muda.

“Pada usia ini adalah peringkat penyesuaia­n di antara pasangan. Kemudian apabila mempunyai anak, bebanan tugas semakin bertambah begitu juga dengan kewangan. Campur tangan mentua juga turut menyebabka­n kes penderaan meningkat.

“Apabila ini berlaku wujud situasi tegang di antara kedua-dua pihak yang bermula menerusi insiden harian seperti pemalas, tidak bekerja, mempunyai hubungan dengan wanita lain. Ada pasangan yang berani meluahkann­ya, ada pula mendiamkan saja. Lamakelama­an ia menyebabka­n situasi tidak dapat dikawal lantas menyebabka­n pergaduhan, sehingga sanggup mencederak­an pasangan,” katanya.

Namun masalah dalam rumah tangga biasanya dapat dikendalik­an pasangan, apabila mereka sedar dan memohon maaf. Tetapi kerana tidak dapat mengawal perasaan menyebabka­n ia berlaku semula.

Bagi isteri yang didera mereka tidak membuat laporan kerana tidak mahu kehilangan suami manakala suami pula malu dengan keluarga dan orang sekeliling seandainya kes mereka diketahui ramai.

Tambah Ong, siasatan terhadap mangsa penderaan sama ada lelaki atau wanita tiada bezanya. Setiap laporan diterima akan disiasat secara terperinci. Semasa

 ??  ?? WALAUPUN peratusann­ya jauh lebih kecil berbanding penderaan ke atas wanita, namun jumlahnya meningkat setiap tahun. - Gambar hiasan
WALAUPUN peratusann­ya jauh lebih kecil berbanding penderaan ke atas wanita, namun jumlahnya meningkat setiap tahun. - Gambar hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia