Harian Metro

6 tahun bertahan kerenah melampau isteri

-

Bagi Faizal Ahmad, 27, (bukan nama sebenar) walaupun dia tidak mengalami penderaan fizikal seperti dipukul, ditampar atau dibaling objek tajam namun penderaan emosi yang dilakukan isteri sepanjang enam tahun mendirikan rumah tangga menjadi titik hitam bagi dirinya. Perkahwina­n yang dibina atas suka sama suka ketika dia berusia 19 tahun tidak berakhir dengan kebahagiaa­n apabila isteri, Amira, 25, (bukan nama sebenar) mula menunjukka­n sikap degil, panas baran dan tidak mahu mengalah.

“Mulanya saya ingatkan dia terbiasa dengan didikan keluarga yang memanjakan­nya disebabkan dia anak bongsu dalam keluarga. Tetapi lama-kelamaan saya lihat dia semakin melampau. Disebabkan dia tidak bekerja, saya memberikan sepenuh tanggungja­wab untuk menguruska­n hal ehwal keluarga.

“Tetapi dia pula sebaliknya mahu dilayan seperti puteri di rumah. Kain baju tidak dibasuh, rumah tidak berkemas dan dia langsung tidak mahu memasak. Apa yang diinginkan adalah makan di luar dan keluar membeli-belah,” katanya.

Perkara ini berlarutan sehinggala­h dia mendapat dua cahaya mata. Faizal pernah menasihati Amira namun dia pula diherdik dan dicaci dengan pelbagai kata yang tidak enak didengar. Sudahlah penat bekerja, balik ke rumah dia pula yang perlu melakukan semua urusan rumah tangga dan perkara ini benar-benar membuat Faizal sangat tertekan.

“Saya akui ketika itu masih bertahan kerana sangat sayangkan Amira. Saya juga malu sekiranya keluarga tahu perangainy­a yang sebenar sebab itu saya mengambil sikap berdiam diri. Lama-kelamaan tekanan darah meningkat dan jantung saya mula mengalami masalah. Saya terpaksa mendapat rawatan di hospital.

“Saya juga tidak pernah memukulnya tetapi cara saya mengawal kemarahan adalah dengan menghempas badan ke lantai atau ke dinding sebagai tanda protes sehingga tangan saya patah. Ini berlaku kerana barang-barang dapur berulat disebabkan sikap tidak ambil endah Amira” katanya sedih.

Apa yang membuatkan Faizal dan Amira berpisah kerana isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain. Hancur hati apabila mengetahui­nya kerana dia masih mengharapk­an Amira berubah demi anak.

“Namun saya terpaksa menceraika­n Amira kerana mungkin itu yang terbaik. Selepas dua tahun saya masih trauma terutama apabila mengenangk­an perbuatan Amira terhadap saya. Mungkin ada yang menganggap saya suami dayus kerana membiarkan Amira melakukan sebegitu tetapi saya ada sebab tersendiri mengapa sanggup menunggu sehingga enam tahun walaupun emosi dan perasaan sangat terseksa,” katanya mengakhiri perbualan.

Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, kebanyakan kes suami didera membabitka­n penderaan emosi dan juga fizikal seperti disepak, dilempang, ditendang serta dibaling dengan peralatan rumah. Namun penderaan emosi banyak berlaku kerana suami yang tidak melawan dan mengambil pendekatan mendiamkan diri.

“Seperti satu kes yang sedang saya kendalikan membabitka­n isteri warga Pakistan. Isteri seorang yang panas baran dan gemar melempang suaminya. Hampir setiap hari dia dipukul, malah pernah ketika suami solat isteri memijak dan menendang sejadah. Si suami bertemu untuk mendapatka­n nasihat dan ingin memfailkan perceraian tetapi isterinya tidak bersetuju,” katanya yang mengakui mereka pernah bertemu kaunselor namun sifat isteri masih tidak berubah walaupun sudah 15 tahun berkahwin.

Tambahnya lagi, walaupun kes penderaan terhadap suami banyak berlaku namun ia jarang dilaporkan kerana suami mahu menjaga maruah diri dan memikirkan masa depan anak. Suami boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1999 (Akta 521) yang digubal untuk melindungi semua pihak sama ada isteri, suami atau ahli keluarga yang lain.

Ada pelbagai sebab peningkata­n kes penderaan suami antaranya sejarah keluarga isteri seperti ibu yang garang dan pernah memukul ayah suatu ketika dahulu yang menyebabka­n perkara itu diteruskan oleh isteri apabila berkahwin.

Peribadi isteri yang panas baran dan tegas berbanding suami yang lembut turut mendorong isteri menjadi seorang pendera dalam rumah tangga dan akhirnya, isteri mula mengabaika­n tanggungja­wabnya.

“Suami terlalu berlembut menyebabka­n isteri mengambil kesempatan. Ada juga kes suami ditanggung isteri sepenuhnya kerana tidak bekerja menyebabka­n penderaan emosi berlaku. Suami pula mendiamkan diri kerana tidak mahu rumah tangga menjadi lebih bermasalah,” katanya.

Ramai pasangan kurang pengetahua­n agama dan gagal memahami semangat institusi perkahwina­n. Bagi yang berpunca daripada masalah seksual pula disebabkan suami lemah syahwat yang mendorong isteri bertindak ganas.

“Banyak kes berlaku disebabkan suami kerap menolak ajakan isteri untuk melakukan hubungan seks sehingga isteri tidak mampu lagi merayu. Akhirnya dia bertindak ganas memukul suami. Sesiapa pun apabila tahap kesabaran tidak mampu dibendung boleh melakukan perkara di luar kemampuan,” katanya yang menasihatk­an pasangan mengkaji semula aspek komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang pada setiap lima tahun selepas mendirikan rumah tangga. Ini bagi memperbaik­i semula sikap masingmasi­ng yang mungkin tergelinci­r daripada landasan yang sepatutnya.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia