Harian Metro

Aktiviti rekreasi dengan impak positif

- Dari muka 15

Elemen penting itu diterapkan Kelab Zetho Adventures Extreme (ZAEC) kepada ahlinya sempena Program Responsibl­e Hiker dengan kerjasama Hiking And Camping Around Malaysia (HACAM ) di Gunung Lambak, Kluang, Johor pada 9 September lalu.

Pengerusi kelab,

Mohd Yusairi Mirza Md

Yusof berkata, ZAEC adalah sebuah kelab yang ditubuhkan pada hujung tahun lalu dan berdaftar di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan.

“Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menganjurk­an aktiviti rekreasi luar yang bukan hanya berasaskan aktiviti pergununga­n sematamata, malah pelbagai lagi aktiviti luar dan lasak yang dianjurkan oleh kelab ini.

“Sehingga kini seramai 200 orang yang turut serta dalam program diadakan kelab berkenaan dan sudah pasti usaha dilaksanak­an ini memberi impak positif dalam memberi pendidikan kepada pendaki supaya lebih bertanggun­gjawab ketika melakukan hobi terbabit,” katanya.

Katanya, antara aktiviti yang dijalankan termasuk mengedarka­n risalah berkaitan tanggungja­wab pendaki, risalah kesihatan dan melakukan pembersiha­n mengutip sampah.

“Selain itu, program diadakan juga membabitka­n pertunjuka­n ‘Basic Jungle Survival’ oleh tetamu jemputan mengenai cara menghidupk­an api di dalam hutan menggunaka­n sumber alam seperti batu, daun kering, kayu dan sebagainya,” katanya.

Katanya, bermula jam 7 pagi program disertai Naib Pengerusi kelab Mohd Rasyid Malek dan setiausaha­nya, Mohd Arshad Musa menjadikan kawasan Hutan Lipur Gunung Lambak, sebagai fokus aktiviti program.

“Ia membabitka­n aktiviti penyerahan baju di bawah tapak Gunung Lambak, diikuti slot berkumpul di papan tanda Gunung Lambak (tapak program) serta ucapan presiden kelab.

“Kami turut mengadakan slot Kementeria­n Kesihatan mengenai wabak kencing tikus atau Leptospiro­sis,” katanya.

Katanya, acara demonstras­i ‘Basic Jungle Survival’ daripada Pendekar Rimba antara yang menarik minat peserta, disusuli sesi pembersiha­n di sekitar tapak program.

Mengulas lanjut mengenai HACAM katanya, ramai yang berminat untuk mencuba, malah ramai pendaki baru yang bersemanga­t.

“Sesetengah daripada mereka ini memang mempunyai kecerdasan fizikal tetapi ramai yang tidak mempunyai ilmu dan pengetahua­n mengenai etika, cara pendakian terbaik dan persediaan yang baik.

“Ini menyebabka­n tekanan kepada dunia pendakian dengan sampah yang ditemui di mana aktiviti dilakukan, kerosakan kepada rentis (trek yang baru dibuat) dan mungkin juga menjejaska­n ekosistem setempat,” katanya.

Beliau berkata, kes kecederaan malah kematian ketika mendaki juga lebih kerap, selain kemalangan seperti kes sesat juga bertambah.

“Menyedari hal ini, satu gerakan dimulakan untuk menyedarka­n pendaki bahawa mereka perlu lebih bertanggun­gjawab kepada diri sendiri, kepada rakan pendaki dan masyarakat umum dan kepada alam sekitar supaya mutu pendakian dan pengalaman di alam semula jadi tetap terpelihar­a.

“Gerakan ini dimulakan dengan siaran di dalam Facebook (FB) melalui kumpulan HACAM yang mempunyai lebih daripada 160,000 keahlian dan kemudian secara terus mengadakan sesi pendedahan yang dibuat di tempat pendakian yang popular di Selangor, Sabah, Perlis, Perak dan di Johor,” katanya.

Katanya, perancanga­n sedang diatur supaya ia dibuat di setiap negeri, selain Responsibl­e Hikers juga menganjurk­an bengkel secara berkala mengenai kegiatan luar kepada pendaki yang lebih berpengala­man untuk lebih mendalami ilmu pengetahua­n mengenai aktiviti ini.

Pada masa sama katanya, #pickitup yang ditubuhkan pada 2015 adalah sebuah kempen yang diwujudkan sebuah badan tak berdaftar, ‘Pickitup Initiative’.

“Di dalam Pickitup Initiative adalah rakan pendaki yang berlainan latar belakang kumpulan bertujuan memajukan kempen ini dan kini majoriti pendorong kempen ini sudah pun berkongsi bumbung di ‘CORE REPUBLIC’.

“Kempen ini bertujuan untuk memupuk usaha ‘ringan tulang’ dalam kalangan pendaki dan tidak sahaja pendaki gunung tidak membuat sampah, malah mula bergerak untuk mengutip sampah tanpa mengira jumlah dengan harapan, perbuatan ini akan menjadi contoh kepada mereka yang mengikuti program,” katanya. - Mohd Sabran Md Sani

 ??  ?? AHLI Kelab Zetho Adventures bergambar kenangan sebelum memulakan misi.
AHLI Kelab Zetho Adventures bergambar kenangan sebelum memulakan misi.
 ??  ?? BERBINCANG dan merancang agar aktiviti berjalan lancar.
BERBINCANG dan merancang agar aktiviti berjalan lancar.
 ??  ?? SALING bekerjasam­a membersihk­an kawasan Gunung Lambak di Kluang.
SALING bekerjasam­a membersihk­an kawasan Gunung Lambak di Kluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia