Harian Metro

3 piza dalam 1 minit 33 saat

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Menghasilk­an tiga keping piza dalam masa satu minit 33 saat, Pengurus Operasi Domino’s Pizza Malaysia Abdillah Abdul Shukor, muncul juara dalam pertanding­an Pembuat

Pizza Paling Pantas Domino’s di The Weld, Kuala Lumpur dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Tempat kedua dimenangi pembuat piza Domino’s sepenuh masa, Fadzwanli Mohd menerusi catatan masa satu minit 36 saat manakala tempat ketiga dimenangi Pengurus Besar Daerah Zuliskanda­riah Khalid, dengan masingmasi­ng berjaya menerima wang tunai RM500 dan RM300.

Dianjurkan untuk mengiktira­f kepakaran dan kemahiran pengurusan masa bagi pembuat piza Domino’s di peringkat global, pemenang akan mewakili Malaysia di pertanding­an peringkat

Asia Pasifik.

Menurut Pengurus

Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura Shamsul Amree, pertanding­an ini unik kerana memberi peluang kepada peserta menyerlahk­an kehebatan mereka membuat piza. Peserta lazimnya bekerja di belakang tabir.

“Semua pembuat piza perlu menguasai dua kelebihan penting iaitu kepantasan dan kualiti. Masa ialah faktor utama bagi Domino’s Pizza kerana sebagai pakar penghantar­an piza, kami perlu menunaikan tempahan dalam masa 30 minit.

Kami juga komited untuk membekalka­n piza yang memenuhi jangkaan kualiti pengguna.

“Walaupun saya tidak menafikan teknologi dan prosedur canggih memainkan peranan untuk memenuhi janji penghantar­an, hakikatnya yang paling penting ialah kemahiran pembuat piza,” katanya.

Mengamalka­n falsafah bekerja keras dengan bijak dan pantas, Domino’s Pizza menganjurk­an pertanding­an Pembuat Piza Terpantas sekali setiap dua tahun sejak

1998 sebagai pengiktira­fan kepada pembuat piza yang paling mencermink­an ciri yang membolehka­n penghantar­an dibuat dengan selamat dan tepat pada masanya. Pertanding­an ini terbuka kepada semua pembuat piza di Domino’s Pizza.

Pertanding­an tahun ini menyaksika­n peserta membuat tiga jenis piza saiz besar iaitu peperoni daging, cendawan dan keju. Sambil peserta menunjukka­n kemahiran hebat mereka menyediaka­n piza sempurna yang menepati kriteria (10 ciri), jelas bahawa kejayaan menyiapkan piza dengan pantas turut menjadi faktor pendorong utama.

Menurut Abdillah, dia sudah agak lama tidak menyertai pertanding­an pembuat piza terpantas.

Jadi, dia memutuskan untuk menyertai pertanding­an ini semula pada tahun ini sebagai motivasi kepada semua ahli pasukan jika dia berjaya melakukann­ya, mereka juga pasti boleh.

“Saya sangat bersyukur dapat melakukann­ya sehingga ke tahap ini kerana ia sesuatu yang membanggak­an untuk bekerja di Domino’s Pizza Malaysia. Saya akan terus memberikan yang prestasi terbaik kepada syarikat ini,” katanya.

Menurut Shamsul, piza yang disediakan pada pertanding­an itu diadili mengikut tiga kriteria iaitu doh dan sos, kadar ramuan dan susunan toping. Tambahan lagi, barisan pengadil menggunaka­n mesin timbang digital yang untuk menentukan berat sebenar piza. Panel pengadil tahunan ini diketuai oleh Perunding Latihan dan Piawaian, Domino’s Pizza Asia Pasifik Uzma Ilyas Chaudhry.

Selain peserta, wakil media juga diberi peluang mencungkil bakat mereka membuat piza menggunaka­n kaedah Domino’s.

 ??  ?? DARI kiri, Uzma, Fadzwanli, Shamsul, Abdillah dan Zuliskanda­riah bersama Pengurus Besar Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan serta Perunding Perniagaan Antarabang­sa Domino’s Pizza Asia Pasifik Desmond Wong.
DARI kiri, Uzma, Fadzwanli, Shamsul, Abdillah dan Zuliskanda­riah bersama Pengurus Besar Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan serta Perunding Perniagaan Antarabang­sa Domino’s Pizza Asia Pasifik Desmond Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia