Harian Metro

Kukuh peluang kerjaya dengan program ICDL

-

Pelajar tahun akhir daripada Kolej Montfort Town, yang mengikuti kursus kemahiran asas komputer menerusi program Lesen Memandu Komputer Antarabang­sa (ICDL), kini berpeluang mengukuhka­n prospek kerjaya masing-masing apabila program latihan selama empat bulan diadakan yang dikendalik­an oleh Persatuan Pusat Perhubunga­n Malaysia (CCAM).

Program latihan perintis ini membolehka­n 27 pelajar ditawarkan bekerja di tiga firma pusat hubungan di Minggu Kerjaya Montfort Town. Menurut Pengurus

Hal Ehwal Korporat Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), Cariessa Goh, dia gembira melihat inisiatif F&N dengan Montfort Town yang diperluas menerusi program CCAM.

“Dengan menawarkan kursus ICDL dari sudut

IT, kami berharap dapat melengkapk­an pelajar dengan ilmu asas yang penting. Kami gembira kerana usaha menarik minat CCAM membawa inisiatif ke peringkat selanjutny­a. Kini dengan adanya akreditasi ICDL, pelajar boleh mendapatka­n peluang pekerjaan di dalam industri pusat hubungan,” katanya.

Program latihan kerja, yang pada awalnya bermula dengan 58 pelajar, membabitka­n kelas kecekapan Bahasa Inggeris, latihan kemahiran dan juga penilaian temu duga yang dijalankan oleh tokoh industri.

“Ramai tidak sedar peluang dan kerjaya menarik disediakan dengan gaji peringkat permulaan antara RM1,600 dan RM2,200 sebulan. Pendapatan ini dikira lumayan bagi jawatan yang tidak memerlukan pengalaman. Industri ini juga menawarkan bimbingan kerjaya dan peluang sewajarnya bagi kenaikan pangkat.

“Kami percaya pelajar di Montfort Town mempunyai potensi besar untuk mencapai kejayaan dalam industri. Kami melihat kesungguha­n, disiplin, peningkata­n penguasaan Bahasa Inggeris dan kemahiran komputer yang bertambah baik. Jika mereka terus mengasah kemahiran ini, mereka mampu pergi jauh dalam industri,” kata Pengarah Eksekutif CCAM, Kelvin Kolandasam­y,

Pelajar reka bentuk grafik, Kok Chee gembira kerana berpeluang mengikuti program ini. Menurutnya, program ini membantu mempelajar­i kemahiran komunikasi yang penting apabila berurusan dengan pelanggan. Walaupun kerjaya sebagai pereka grafik adalah pilihan utama, latihan ini memberi satu lagi peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatk­an.

Bagi Justine Ng pula, dia sering berasa kurang yakin semasa berurusan dengan orang lain secara bersemuka. Program ini membantuny­a meningkatk­an kemahiran berkomunik­asi dan mengatasi kebimbanga­n apabila berhadapan orang ramai.

 ??  ?? LATIHAN temu duga untuk persiapan dunia sebenar pekerjaan.
LATIHAN temu duga untuk persiapan dunia sebenar pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia